17.7.12

Katalog Langsir








Alhamdulillah ...tiada lafaz terindah melainkan Alhamdulillah. Dengan rahmatNYA maka lahirlah katalog sulong dari Kelas Langsir Almujahid.
InsyaAllah majlis perlancaran anak sulong ini akan di adakan di Bumi Madinah alMunouwwarah pertengahan Ramadhan ini dan dirasmikan oleh alFadhil alHabib Zaenal Abidin alHamid..biiznillah.

Sebelum berangkat ke Madinah semua pelajar yang pernah mengikuti pakej A & B, boleh memesan katalog tersebut agar tempahan boleh diterima melalui paten tersebut. RM50 sebuah & pos RM7, sila deposit ke acc saya dan sms semula nama, alamat & katalog.

Katalog ini adalah hasil jahitan pelajar2 Kelas Langsir Almujahid yang hanya mengikuti sehari saja pembelanjaran &  akhirnya mempraktikkan lalu menerima tempahan. Permintaan mereka untuk menjahit sample2 di katalog ini amat saya hargai dan hasilnya seperti yang terdapat di katalog dan  jika ada kekurangan sekalipun saya tetap berbangga dengan kegigihan mereka mencuba untuk menghasilkan yang terbaik. Atas segala usaha mereka di dahulukan dengan jutaan Terima Kasih terutama kepada Pn Aini & Pn Siti Sarah serta Diana Decor Ent. 



1 comment: