18.7.12

Bila bermulut merah

Ahlan wa sahlan wa marhaban Ya Ramdhan almubarak...

Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas dan diberi kesempatan untuk meraih kegemilangan serta kehebatan Ramadhan..
Saat 1 Ramadhan kita bergembira menantinya dan berazam ingin mendapat keberkatan, pengampunan, rahmat dan segala yang indah. Kita juga berazam ingin mendapat pahala sebanyak mungkin..ingin menjauhi dosa mulut, mata dan lain2. Semoga azam kita menjadi kenyataan. 
Sebaliknya pula di sisi cinta dunia..kita berazam ingin menjana sebanyak mungkin pendapatan dari kemeriahan nafsu Ramadhan agar Syawal nanti kita bakal melaram sakan. Tidak kira apa yang bakal dilaram janji melaram. Semoga ianya juga menjadi kenyataan...bukankah setiap yang diusahakan pasti Allah maqbulkan...berusahalah mencari yang terbaik hatta dunia penuh tipu daya atau Akhirat yang kekal abadi.

Hari ini sedikit sentuhan peribadi, khas untuk muslimat Kelas Langsir Almujahid.
Saya sebagai wanita sewajarnya memberitahu dan saya sebagai guru kalian walaupun hanya guru langsir wajib menegur. Soal berlipstik , jika kata orang kampung bergincu Merah .

Dalam hukum perkara  membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke rongga. Paling mudah menelan sesuatu. Wanita berpuasa yang menyapu sesuatu ke bibirnya kemudian lidahnya menjilat bibir secara sengaja @ tidak, lalu menelan air liurnya, maka BATAL puasanya, kecuali selepas menjilat bibir beliau meludah. 
Logik aqal manusia selemah saya..takkan le selepas lidah terkena bibir asyik nak meludah. Jilatan bibir itu juga berlaku dalam sedar & x sedar. Maka untuk mengelakkan penat berpuasa tetapi BATAL..x payahle berlipstik ke bercalit apa2 ke. 
"Oh no! Bibir saya kering & kena calit lipsbalm..." 
Jika banyak alasan jawapan termudah..Ikut suka le..kita bagitau aja bab BATAL. Jika x rasa penat berpuasa x dapat apa, terus..maka calitle apa saja.

Nak sentuh juga bab bertudung..jika kalian x kisah masuk Neraka, kalian bertudung le tapi jika takut masuk Neraka, tutuplah aurat. Jika kalian rasa tumit kaki dan kuku cekam tu elok dipandang dan wajib dipamerkan, x perlulah bersarung kaki. jika kalian rasa lengan gebu kena ditonjolkan..pakaile T shirt tangan pendek..Jika rasa peha besar & bontot kembang wajib dipertontonkan, maka berseluar jeans @ slack dan berbaju pendek memang sesuai. 
Jika rasa pula tudung kain Lycra memang mengancam menyembul dada, silakan pamerkan..jika kalian x pamer siapa lagi nak pamerkan. 
Akhir kata..jika kita x memenuhi Neraka ..siapa lagi kan nak memenuhi...

Salam meraikan Cinta Ramadhan buat semua pelajar Kelas Langsir Almujahid..moga kalian bahagia dengan cinta ini...

1 comment:

  1. tmkasih banyak atas peringatan, kadang2 yg pahit itu kita kena terima sebab kalu bab gincu ni dah sinonim sangat dgn wanita..

    ReplyDelete