11.7.12

Berkat Istigfar

Astagfirullahal adzim allazi laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minouzholimin.
Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nikmatNya. Nikmat yang x mampu dibayar. Moga nikmat tangan yang dipinjamkan ini jika x memberi pahala sebesar zarah tetapi jangan menambah berat untuk ke Neraka.
Pelajar2 Kelas Langsir Almujahid, semoga kalian dalam rahmatNya dan boleh merasai nikmatnya istigfar.

Suatu waktu dulu di zaman asSyeikh Imam Ahmad bin Hambal, twlah dikisahkan kehebatan seorang penjual roti. Kisah bermula di suatu tempat yang disinggahi oleh Imam Ahmad Bin Hambal ketika bermusafir menuju ke suatu negeri.
Imam Ahmad yang kelihatan dhoif dan terlalu letih ingin beriktikaf di sebuah masjid. Namun keadaan dirinya yang berdebu & berpenampilan seorang miskin dihalang oleh penjaga masjid (tok siak) dari memasuki ruang masjid.
Dalam keletihan yang teramat
 kata Imam Ahmad " Aku tidur saja di sini" yakni di ruangan luar @ beranda masjid. Namun Tok Siak itu menghalang dan menyeret Imam Ahmad yang dikasihi oleh umat Islam ke luar masjid. Kejadian pengusiran itu disaksikan penjual roti yang sedang menguli tepungnya untuk jualan pagi esok.
'Ya saudaraku, marilah ke tempatku untuk berehat' jemput penjual roti. Maka Imam Ahmad berehat di pangkin beliau sementara untuk qiamullail.
Hajat Imam Ahmad untuk tidur terbantut kerana walau mata dipejamkan beliau mendengar rintihan penjual roti itu yang menguli roti sambil beristigfar.
Sepanjang malam beliau melafazkan istigfar demi istigfar tanpa jemu.
Maka apabila Imam Ahmad bangun, terus penjual roti disoalnya.

"Apakah yang kamu sebut sepanjang malam"
"Aku hanya memohon keampunan kepada tuhanKu" jawab beliau
"Maka apa yang Tuhan Kamu berikan?" soal Imam lagi walau beliau mengetahui kelebihan istigfar.
" TuhanKu x pernah Tidak Mengkabulkan doaku kecuali satu" kata penjual roti.
"Apakah doamu yang belum dimakbulkan wahai saudaraku"
" Doaku untuk bertemu muka dengan Assyeikh Imam Ahmad ibnu Hambal"

Duhai pelajar Kelas Langsir alMujahid, fahamkah kalian bahawa Allah Maha Mendengar..maka mohonlah pengampunan.

Barakallahu fikum

No comments:

Post a Comment