19.6.12

Hidup tanpa hutang

 Sabda Rasulullah SAW: "Bermula dunia itu manis, lagi hijau, barangsiapa mengusaha daripadanya yang halal dan mengeluar ia akan dia di dalam yang sebenarnya nescaya diberi Allah akan dia tsawab dan memasukkan dia ke dalam syurga. Dan barangsiapa mengusahai daripadanya akan harta daripada yang tiada halalnya dan dibelanjakannya di dalam yang tiada sebenarnya, nescaya memasukkan Allah Taala akan dia ke dalam negeri yang hina , iaitu neraka jahanam."

( Riwayat Termizi & Ibnu Majah & Abi Said.)



Dari Umar r.a:" Dan hindarilah untuk berhutang kerana awal berhutang adalah rasa gundah ( kerana takut tidak boleh membayarnya) dan akhirnya adalah rasa takut (kerana akibatnya yang buruk di mana seluruh hartanya akan habis menjadi taruhannya)".

Allahummousolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aa lihi wa sohbihi ajmain.

HIDUP TANPA HUTANG. Suatu ayat yang orang teringin tapi sukar melakukannya. Kitaran hidup dari kecil hingga tua malah ada yang sampai mati masih tidak terlepas daripada cengkaman hutang.
Semasa kecil dibesarkan ibubapa yang dikelilingi hutang. Bila mula memohon IPT digalakkan untuk memulakan hutang. Bila mahu berkahwin juga memulakan dengan membuat hutang. Membeli kenderaan, rumah hatta minyak wangi pun berhutang. Pergi kerja disalut hutang..bermula dari kereta hutang, minyak kad kredit, kasut, baju sampai lipstik pun berhutang. Ya Allah beratnya dada memikirkan hutang.

Stigma masyarakat adalah jika mahu bersenang lenang mestilah berhutang. Jika yang mahu memulakan perniagaan juga memulakan dengan dana hutang. Bersepah produk hutang..hanya isi borang, dengar taklimat, ikuti bengkel jutawan kemudian dapat hutang. Situasi yang menjadi biasa malah tiada lagi silu yakni hidup berhutang
. Masyarakat berhutang tanpa sebab hatta ada yang pergi umrah dan balik masih berhutang...kononnya yang lain boleh berhutang maka apa salahnya pergi umrah juga berhutang. Teringat kes pelajar kelas langsir almujahid yang berhutang yuran berbulan lamanya dan saya memang tidak meminta kerana pelajar sendiri lebih maklum akan keberkatan ilmu langsir. Sewaktu saya di Madinah, menerima sma daripada beliau yang berbunyi" Ustazah, saya baru bank in RM50, saya pelajar awal tahun dan masih berhutang sesi petang. Saya nak pergi umrah esok dan mohon dihalalkan baki hutang dan jika saya balik saya akan bayar ansur2. Saya mengalami masalah kewangan".  Hmmm ....boleh pergi umrah tetapi tidak mampu membayar hutang RM270. Jika tidak pergi maka hutang dia tidak berganjak. Lucu dan sedih. Lucu kerana lawak bodoh. Sedih kerana dia tidak menjaga kehormatan maruahnya. Tidakkah dia malu dengan Allah kerana sengaja tidak membayar hutang. Jawapan sms saya :" Hutang wajib bayar sebelum umrah kecuali pn pergi di taja orang. Saya tidak halalkan." Kejam jawapan saya tetapi kadang2 perlu kejam dwngan si kejam. 4jam selepas itu hutangnya diselesaikan. Kenapa saya bertegas? Jawapannya manusia bila terpaksa & takut Allah , dia mampu menyelesaikan masalah.

Kali ini atas permintaan pelajar, saya akan menganjurkan lagi SEMINAR HIDUP TANPA HUTANG. Intipati seminar terbahagi 2 slot.

Slot 1 : Slot Kisah saya memulakan perniagaan dan bagaimana saya bahagia hidup tanpa hutang. Saya akan kongsikan teknik yang melariskan perniagaan saya. Apakah amalan dan doa. Bagaimanakah strategi yang kita wajib ada sebagai usahawan.

Slot 2: Bagaimana menjadi orang kaya yang bahagia.(Utz Aminudin Abd Rahim)

Slot 3: Sesi soal jawab tentang bisnis dan perkongsian ilmu.

Seminar sehari ini hanya sesuai diikuti bagi.mereka yang ingin berjaya dalam dunia akhirat. Saya tidak akan menekankan soal untuk menjadi jutawan @ hartawan. Tiada ilmu luar biasa @ motto kehebatan.  Tiada langsung menjanjikan impian kalian akan berjaya. Tiada langsung menonjolkan contoh usahawan jutawan terkini @ apa saja impian kalian. Maka apakah yang kalian dapat? Jawapannya ada pada Dia.

Saya tiada apa untuk dijanjikan. Sekadar mengharap rahmat daripadaNya agar peserta kan dimaqbulkan doa dan diberkati. Saya bukan manusia hebat@ luar biasa hebat. Saya hanya surirumah biasa yang berpendidikan biasa. Saya bukan jutawan dengan kereta mewah @ banglo besar. Bak kata pelajar saya" Saya x sangka ustazah x pakai Mercedes".

Sesungguhnya Cukuplah Allah &Rasulullah SAW bagiku. Jika kalian x rasa rugi nak mbuang duit...sila daftar.
Seminar Hidup Tanpa Hutang
RM500
8:30am -4pm.
1Jul di Kuala Lumpur.
Tempat akan dimaklumkan.
Sila deposit RM100, Maybank Sahida Said 558033403267.

Jika rasa tidak mendapat ilmu dan pahala ..jangan memikirkan. Jika rasa ada pahala yang boleh Allah beri...daftarlah. Solat istikhorah jika teringin tapi takut. Setiap sen yang dibelanjakan Allah akan hitung...maka fikirlah sebaiknya.

Barakallahufikum

2 comments:

  1. Salam Ustazah,

    saya selalu ikuti rancangan menjahit langsir di radio Ikim.fm...banyak perkara yang dikongsi oleh Ustazah...ayat paling power ustazah bila cakap kalu tak rasa rugi buang duit sila daftar...lama-lama dengar terasa tercabar juga...insyaallah nak masuk kelas menjahit ustazah....Setiap kali dengar kata-kata ustazah dalam radio, Allah bagi kekuatan pada saya untuk memperbaiki diri...Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Ini kali ke dua saya baca entry ini. Memang benar, sebagai pemberi hutang, kena juga bertegas, agar masing-masing lepas dari dosa..

    ReplyDelete