29.5.12

Dia Tidak Pernah Berkira

Laa ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minouzzholimiin
Benarlah taubat Nabi Yunus as..benarlah...sesungguhnya kita menzalimi diri sendiri.
Kisah kali ni mencuri sedikit ruang di Makkah. Mg kisah ini menambah kehambaan kita kepadaNya. Kisah benar yang berlaku baru semalam. Bukan rekaan untuk menambah peminat.

Teman saya ingin benar ada pahala amal jariah. Jika ada yang ingin disedeqahkan beliau akan bertanya ' Ustaz..dapat pahala kebaikan @ jariah?' Maka Ustaz akan menghurai ini sedeqah kebaikan dan itu amal jariah. Esok...soalan tu lagi..lagi dan lagi...Beliau risau dengan kekurangan pahala jariah sebab beliau menyedari bahawa hanya pahala jariah dapat menolongnya d Akhirat. Jika mengharap doa anak soleh..ianya tipis sebab kita sendiri pun kadang2 lupa hendak mendoakan anak sendiri dan yang lebih tragis mahu mendoakan diri sendiri pun x sempat. Sibuk..itu alasan kita dan kita akan kata ' sambil jalan pun boleh doa..sambil makan..sambil semua..' Sekarang zaman Fb..sambil Fb boleh doa...Maka sahabat saya itu mahu mengejar pahala amal jariah..semwntara berkesempatan.

Ketika bertawaf..hatinya lirih merintih sayu..memandang Baitullah hatinya luka..jiwanya pedih. Janjinya ketika itu..mesti nafkahkan sebahgian hartanya untuk infak jalan Allah..Beliau ada sedikit simpanan dan beliau berazam untuk memberikan separuh simpananannya. Syaitan bekerja keras menghasutnya..antara biaikan syaitan ' buatnya tertiba terjadi seauatu..mana nak cari duit'..' jika dia sakit x de duit mesti keluarganya kutuk..nak buat jariah konon..akhirnya minta hutang'
Laknatullah itu berterusan menghasut dan menghasut..hampir goyah imannya. Beliau melawan Laknatullah dengan terus twl Ustaz Amin dan menyedeqahkan simpanaannya...wasiat beliau..jika beliau x sempat bagi..ambillah melalui suaminya.

Tidak dinafikan hatinya masih dihasut Syaitan..tapi beliau menjawab dengan kata2semangat..dulu dia dilahirkan 0, yang dia bagi tu hak Allah..cuma dipinjamkan demi Dzat yang menyintai hambaNya. Demi Dzat Yang Mulia..ada sesuatu untuk hambaNya dan hingga kini aku masih kaya..kaya dengan nafas..kaya dengan tenaga..kaya sebagai umat Muhammad SAW.

Sebagai hamba yang lemah hati tetap ada sedikit cemas..risau dan lain2. Nama pun manusia biasa..nama pun hamba yang lemah. Hanya ketaqwaan dan kenyakinan  kepadaNya akan menyebabkan jiwa menjadi mekar dengan cinta dan haruman kasih Ilahi.

Pagi semalam..
Sewaktu berehat selepas Subuh..telefon tangannya berdering2...' Eh..Eh..kenapa x habis2 orang menelefon ni?' Untuk makluman pembaca, beliau juga seperti saya seorang peniaga yang menggunakan Ikimfm dll untuk promosi perniagaan. Yang mustahil tetapi menjadi kenyataan adalah..promosinya disiarkan secara percuma oleh penerbit. Memang terkejut kami menerima khabar itu. Allahu Robbi...Allahu Haiyu ya Qaiyum..Dia tidak pernah berkira...sedeqah untuk JalanNya baru dilafaz..tetapi Dia telah sedeqahkan promosi bernilai ribuan RM secara percuma...

Wahai pelajarku ,
untuk kesekian kalinya saya menyarankan kalian Bersedeqahlah..kalian x akan miskin. Tetapi jangan kalian lupa ..kita mungkin akan muflis di akhirat..

Barakalufikum

min Makkatil Mukarramah

No comments:

Post a Comment