3.4.12

sesungguhNya Dia ada

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...rahmat & kasih sayangNya x pernah berhenti walau sesaat...memandang kanan penuh rahmat..memandang kiri penuh nikmat...atas bawah malah sekeliling ada tanda rahmatMu Allahu Robb.
Tanpa rahmatNya tiada daya menulis kata...menyusun ayat...tiada daya untuk berfikir dan tiada untuk apa saja.
Kali ini sekadar mencoret apa kesilapan dalam berdoa tanpa melihat kemampuan diri. Alhamdulilllah saya masih seperti dulu..tapi x le secomel dulu..(ayat pengasih ni). Masih lagi diberi peluang menyusuri perjalanan Rasulullah SAW masih lagi dapat menatap indahnya Baitullah dan nikmat terhebatNya masih lagi dapat tawaf...andai...andai kesempatan itu tiada lagi...ke manakah kan di bawa diri? SesungguhNya peluang bersama anak2 untuk menatap Baitullah...peluang mengusap kepala anak sambil berdoa tak mungkin ada galang ganti..
"Ya Allah...hambaMu mohon.Engkau saksikanlah... Engkau hitungkanlah Ya Allah...Engkau jauhkanlah azabMu Ya Allah...Engkau terimalah Ya Allah..hambaMu redho anak2 ini syahid d jalanMu."


"Ya Allah...tiada lagi airmata ...tiada lagi doaku kepadaMu selain memohon rahmatMu..Wafuaanna ...waagfirlanaa...warhamnaa"


Saat..mendakap Multazam...jantung seakan terhenti...mengenangkan dosa yang tetap dilakukan walau tahu akibatnya...Sesungguhnya Multazam akan bangun menjadi saksi bahawa hamba ini pernah bertaubat tetapi masih lagi membuat dosa yang sama. Andai Multazam itu boleh menolak...adakah saya akan d tolak? Tidak...tidak sekali kali ia menolak.kerana ia patuh kepada TuhanNya...yang masih menerima taubat hambaNya. Tetapi adakah doa itu tak ditolak? Ya Allah jangan Ya Allah..jangan Engkau membiarkan ku tanpa rahmatMu


Coretan kali ini :
Kisah 2 tahun lepas...
saya berdiri d depan Multazam dan berdoa.."Ya Allah.berilah daku dapat memimpin dan membawa jemaah umrah kerana daku ingin selalu ke sini "..Allah menepati janjiNya..memaqbulkan doa...maqbul doa saya dan syarikat saya membawa jemaah tanpa pernah memperdaya @ terpedaya. Alhamdulillah perjalanan kami semua dirahmati...selamat tanpa sebarang insiden...walau ada kekurangan tetapi tetap dirahmati...


Namun umrah kali ini saya minta Allah memberikan peluang lain kerana baru saya menyedari bahawa selama ini saya rupa2nya diberi Allah kesempatan ke Makkah bukan dengan keuntungan@ imbuhan dari jemaah...saya d jemput kerana jemputan sudah diterima...Saya membandingkan nikmat umrah bersama jemaah dan nikmat umrah bersama tuan guru...bagai langit dan bumi...

Kini saya sedar...dulu saya melihat nikmat memimpin jemaah....rupanya..nikmat lagi umrah tanpa memimpin..sebab saya x mampu memimpin. Saya x dlahirkn skill memimpin. Kesilapan utama saya adalah mahu jemaah saya menikmati umrah maqbul..kesilapan saya kerana saya mahu mereka nampak apa yang saya nampak..mahu mereka merasai indahnya hidup bergantung kepada Allah swt semata2.Rupa2nya...x semua menyerahkan diri kepadaNya...rupa2nya ramai yang berbangga dengan wang d bayar..rupa2Nya kata2 mesti redho hanya mainan bibir...

Adakah saya kecewa? Saya hanya sedih..kerana pesanan jemaah dan harapan jemaah dimusnahkan mereka sendiri. Kebanyakan jemaah akan bertanya kepada saya "apa rahsia ustazah setahun berkali kali umrah? macamana nak maqbul doa".Layakkah saya menjawab tanpa mengetahui bagaimana dan macamana? 


Akhirnya saya sedar apa yang sebenarnya bila jemaah saya sendiri memberi jawapan kepada persoalan mereka. "saya hairan , saya sendiri x sedar Allah tu ada dan sebab tu saya harap bantuan makhluk sepanjang d bumi haram" ulasan beliau. Ulasan yang menyedarkan saya bhawa hikmah pergantungan kepadaNya. 


Alhamdulillah Ya Allah...rupa2nya keyakinan ku kepadaMu yang memudahkan ku selama ini..bukan kebaikan @kelebihan ku.
Allhamdulillah Ya Allah betapa agungnya KasihMu hingga daku dapat merasai wujudnya Engkau..
Alhamdulillah Ya Allah...ku beriman kepada mu dan ku menikmati keindahanMu
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

coretan ini mengisi ruang malam sambil airmata bagai sungai mengalir deras...suatu peraaan yang x dapat diceritakan mahu pun di ulas...betapa nikmatNya meliputi alam. Saat jari mengetik keyboard hati ini menyatakan..layakkah aku ke syurgaMu Ya Allah? Layakkah aku menjadi penghuninya?


Dosa? Iya diri ini penuh noda...setiap hari memohon ampun dan setiap hari menambah dosa. Apakah cukup ibadat umrah lalu menghapuskan dosaku Ya Allah sedangkan tadi aku masih menambah dosa. Jujurnya saya juga gagal mengetahui apakah umrah saya juga maudud? Sedih  melihat diri sendiri..ke manakah tempat terakhir insan ini? 


Setiap kali Tawaf Wada"...saya berbisik kepada Allah...Ya Allah jangan Engkau matikan ku tanpa ku tawaf terakhir di sini...saat melangkah meninggalkan Baitullah tiada lafaz melainkan Allah...Allah..Allah...sedihnya kerana terpaksa pergi meninggalkannya tanpa pasti bila kan berpeluang lagi..


Orang akan berkata."ada duit semua boleh jadi" tapi adakah peluang sebagai tetamuNya tiada sesiapa pun pasti. Hanya doa dan harapan Allah menjemput lagi secepat mungkin...semoga tidak terhenti nafas ini sebelum terhenti langkah tawaf...

1 comment:

  1. Salam puan. Terharu dan terkesan. Memang benar kata2 puan itu..wlpun diberi rezki tapi pluang untuk mnjadi tetamu Allah itu belum pasti.....Muhasabah diri sendiri.

    ReplyDelete