4.4.12

Kursus Hiasan Dalaman

اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

Ya Allah ku bermohon kepada Mu agar apa yang ditulis keranaMu dan yang membaca keranaMu...

Atas permintaan beberapa pelajar saya DIPAKSA dan TERPAKSA memberi keputusan tentang Kursus Hiasan Dalaman. Saya meminta ruang kepada mereka untuk bermunajat kepada Allah SWT apakah yang sebaiknya wajar saya lakukan untuk terusan membantu agama terhebat. Dalam Hijr Ismail saya bermunajat dan berikut jawapannya:

Dengan ini jawapan istikhorah saya adalah
1; Menulis tips umrah.
2; Menganjurkan kursus hiasan dalaman dan langsir bila free jer..

Alhamdulillah..selepas ni saya akan terus berkarya walau karya tu dah dimulakan sejak 2 tahun lalu..bukan apa lagi lama lagi umph...bila diperap.

Tentang hiasan dalaman pula sebelum ni saya bercadang untuk mengajar keseluruhan ilmu di dada tetapi kos antara RM8-10k...walau ada yang sudah bersedia malahan x sabar tetapi ianya melanggar etika saya selama ini yakni mereka terpaksa berhutang pinjaman peribadi..yang saya paling takuti jika pinjaman membabitkan riba...maka ini keputusan saya:

Kursus akan dijalankan berperingkat terbahagi beberapa sesi:

Pakej A ; 12 paten( jika bijak& kreatif..banyak lagi paten) RM480

Pakej B ; 8 paten ( roman blind, simply blind,hiding blind, smocking pleat..Y n X, pencil pleat, tab, eyelet, sweet puff ) RM600 tetapi jika ambil 2 pakej...disc tinggal RM320 jer..


Pakej C ; Royal Scallop, Cross Swag, Free Scallop( pagi) : RM800


Pakej D : Tie Scallop, Pelmet, Soft Pelmet ( ptg) : RM800

{Pakej C dan D RM1500, pagi ptg.}

Pakej E : 10 paten Love Boat Scallop RM1500 ...panjang n besar..

Pakej F : Box Pleat, Double Box, Diamond, Skies, Multy layer box, RM500

Pakej Cadar, comforter dan kusyen RM1200 


Bagi yang berminat sila PM saya dan harga bagi yang mahu melompat pakej yakni x mahu ambil dari pakej A...tambahan RM200.


Seperti ayat mula2 di atas..kos yang ditaip adalah ilham daripadaNya. Jika rasa mahal jangan daftar kerana kos ini memang mahal..


Pelajar lama yang nak sambung kursus boleh pm saya nama n tempat pilihan..tarikh saya akan dahulukan pelajar yang penuh kouta dulu.


Di kesempatan ini saya memohon maaf kepada bekas pelajar yang cuba menjahanamkan saya. InsyaAllah kalian boleh teruskan taktik kotor kalian...saya sedar dan dapat maklumat tentang kalian daripada Allah..bukankah saya selalu merujuk Allah maka Allah memberi ilham. 
Kalian boleh berjaya dengan usaha sendiri...contoh taktik jahat..mudah saja pelajar lain tahu..bukankah malu tu kalian yang dapat. X payah berpura menjadi rakan fb @ link blog...Allah ada bersama saya.Saya x mahu mendedahkan kalian kepada umum..cukuplah dulu dah pernah tegur.

Pelajar baru pula jika merasakan kos ini mahal...duduk dan berfikir sejenak..jk runsing solat istikharah...bangun tahajud dan memohon kepadaNya...Kita sama saja yakni hamba yang berdosa maka banyakkanlah menyebut
لا حو ل و لا قوة الا بالله
tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.

Kalian hairankan kenapa kelas saya mahal? Biarlah Dia yang tahu..x buat amal jariah? Asyik mencekik darah je...lintah darat.. Katalah apa saja kerana cercaan itu x melukakan saya...nak lukakan saya senang saja...kalian belajar jahit langsir kemudian wang itu kalian leburkan bukan ke jalan Allah..


Pelajarku..mari saya berkongsi kisah benar yang berlaku kepada insan yang paling saya sayangi..
Kisahnya bermula dari berbelas tahun lalu..beliau yang namanya...dari mula nak menjahit langsir telah menanam tekad untuk membantu agama...dalam rezeqi yang dapat beliau akan fikirkan untuk membantu suami walau kadang2 angin timur laut menerpa dia hangin dengan suaminya..biasalah..perempuan.
Dari nilai sekecil RM2 dia suka menderma...pernah dia tunggu dengan baby d tepi pagar untuk sedeqah kepada pakcik yang kutip derma untuk masjid..tetapi pakcik tu buat dekkk je..punyalah sedih sebab hari tu dia dah x dapat pahala sedeqah...
Jika nak ikut tempahan langsir yang di terima...x banyak rumah tetapi sesebuah rumah tu menjangkau ribuan ringgit. Konsep dia ..rezeqi kena bersambung...hinggalah baru2 ni dia berazam untuk simpan harta duit ringgit dia untuk diri sendiri..tetapi bukan dengan simpanan tetap...tetapi dia membeli Gold Bar @ jongkong emas dan memberikan kepada guruNYa untuk simpanan..Saya ingat lagi kata2nya kepada Ustaz Amin...
"Ustaz..ambil gold bar ni d opis Public Gold then utz simpan untuk dijual bila nak bina madrasah, yang dinar emas tu ustaz simpan kat ustaz tapi nilainya RM670, tiap kali ustaz p masjid tolong sedeqah RM1...agar tiap hari saya mendapat pahala sedeqah dan doa Malaikat yang menjaga orang bersedeqah."


Apakah yang kalian fikir tentangnya? Saya rasa biasa aja, ramai lagi orang bersedeqah..Namun anugerah terindah yang beliau terima adalah dalam mimpi beliau solat berjemaah di belakang Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW memegang ubun2nya sambil bersabda tetapi beliau hanya faham satu perkataan aje, Barakallah...Ketika itu menurut beliau haruman badan RAsulullah SAW terlalu harum dan haruman itu hanya pernah beliau hidu ketika di Masjid Nabawi 3 tahun lalu...


Ya Allah anugerah terhebat memandang dan disentuh Baginda SAW...apakah ada lagi peluang sebegitu untuk kita pula? Ayuh pelajarku semua..kita cari rezeqi untuk infak ke jalan Allah..kita pun nak Rasulullah SAW kenal kerana nanti kita nak berbaris minum air Telaga Kautsar...
maka bersedeqahlah..jika kalian rasa rugi belajar dengan saya jangan lupa cari guru murshid yang lain ..apa yang penting kalian mendapat syafaat Rasullah SAW..
Barakallahufikum












1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete