16.4.12

Berkat Istikhorah

Dari Jabir in Abdullah r.a. katanya :

Rasulullah SAW mengajar kami sembahyang Istikhorah pada setiap pekara sepertimana Baginda mengajar kami surah dari alQuran, 
Sabda Bagina SAW
" Apabila seseorang dari kamu hendak melakuka sesuatu perkara maka sembahyanglah dua rakaat dari sembahyang fardhu, kemudian berdoa:
"Ya Allah, sesumgguhnya aku meminta pilihan kepada Mu dengan pengetahuan Mu, dan memohon kekuatan dengan kudratM, aku memohon dari limpah kurniaMu yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Kuasa dan aku tiada kuasa. 
Engkau Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui Yang Ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetaui bahawa perkara ini...(sebutkan hajat) mendatangkan kebaikan bagiku kepada agamaku, kehidupan dan kesudahan hidupku, urusan dunia dan akhiratku, maka berilah kekuatan bagiku dengannya dan mudahkanlah ia bagiku. 
Kemudian Engkau berkatilah aku kepadanya, dan jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa keburukan bagiku pada agamaku, kehidupan dan kesudahan urusanku, urusan dunia dan akhiratku, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya..dan taqdirkanlah bagiku kebaikan di mana saja dan kemudian jadikanlah aku redho dengannya"

RAsulullah SAW bersabda :

" Di antara kebahagiaan anak cucu Adam ialah beristikhorah kepada Allah dalam setiap urusannya dan di antara kecelekaannya ialah meninggalkan istikhorah kepada Allah dalam setiap urusannya.."

Dari Anas r.a:

"Sabda Rasulullah SAW: Apabila kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka beristikhorahlah kepada Allah sebanyak tujuh kali, kemudian perhatikanlah kepada kecenderungan hatimu maka sesungguhnya kebaikan terletak padanya". 

Alhamdulillah dalam sedikit kemalasan saya boleh menaip sedikit tips amalan yang saya praktikkan sebagai umat Muhammad dan dari dulu , kini dan selamanya saya tetap yakin melakukan sesuatu walau hanya dengan istikhorah. 
Ada juga ulama mengatakan istikhorah boleh melalui solat 2 rakaat @ berdoa saja kepadaNya..dan kebiasaannya jika melibatkan sesuatu yang berharga @ besar risikonya..saya akan solat 2 rakaat d waktu tahajud tetapi jika nak beli Galaxy note @ ipad...saya berdoa saja... 


Kali ni saya nak berkongsi kisah kejayaan pelajar saya..
Semalam sewaktu sesi pagi di S Alam, ada 2 orang bapa yang kena menjaga baby d luar kelas...setia menemani isteri dan rela mengasuh bayi yang masih menyusu...demi insan tercinta..Alhamdulillah..sketsa itu mengimbau kenangan muda saya dulu...tapi sampai la ni saya ada baby yang masih menyusu badan walau umur  dah meningkat...Maka bapa2 berborak dengan suami saya dan suami saya pula rajin melaporkan hasil persidangan mereka di luar...


Dalam kelas pula sewaktu mengajar ada beberapa pelajar yang sudah biasa menerima tempahan maka saya bertanya teknik  & formula paten...seorang daripada mereka menjawab dengan tepat walau agak tunggang terbalik tapi bolehle pakai berbanding yang lain. Maka terdetik d hati saya, pelajar ni mesti pernah berguru dengan pelajar saya..sebab formula tu ciptaan saya..hanya pelajar je yang mahir...

Sewaktu sesi petang baru saya teringat nak bertanya " siapa yang pernah belajar dengan saya "
"saya cikgu" jawab Pn Nor Haslinda Hasan...laaaaaaaa bekas anak murid patut le pintar ..hehe cikgu ni Melayu mudah lupa...rupa@nya beliau datang untuk memantapkan lagi ilmu..dulu belajar lain.
Alkisah Pn Haslinda ni dulu belajar langsir dengan saya kemudian Solat Istikhorah dan mimpi langsir..maka beliau yang dulu kakitangan kerajaan berijazah...berhenti kerja dan menceburi jahitan langsir. Kejayaannya membuatkan suaminya seorang Jurutera juga Solat Istikharah dan bermimpi langsir cuma langsir paten apa, x pula saya tanya..hehe.. Maka beliau juga berani maut dengan berhenti kerja...bukan diberhentikan. Yang uniknya, beliau x pernah menjahit @ belajar menjahit tetapi berani dan rajin berusaha sehingga mahir menjahit tempahan, kira kes from 0 to 100.


Alhamdulillah berkat Solat Istikharah mereka, walau kedai mereka beroperasi di rumah..pendapatan mereka lumayan bangat..Katanya melebihi makan gaji. Dan mereka masih ingin menyambung kelas lanjutan dengan saya kerana menurut mereka masih banyak yang mereka x tau...samalah macam saya ..masih sedikit yang tau.


Saya bersyukur mereka meletakkan Allah semasa memilih kerjaya. Alhamdulillah juga Allah memakbulkan doa saya ingin melihat pelajar saya berjaya..Kegigihan mereka memang mengimbau nostalgia saya..Moga Allah menerima doa saya untuk mereka dan pelajar lain umumnya.


Maka, andai ada yang ragu sama ada kelas langsir saya bagus @ x...solatlah..Dia yang Maha Mengetahui..saya hanya mampu mengajar tetapi yang bagi pandai dan berjaya bergantung amalan dan doa kalian.


Satu pesanan saya buat semua
"jaga hak Allah..Allah jaga hak kita"
Barakallahufikum

2 comments:

  1. Moga berjaya juga spt mereka Insyallah amin

    ReplyDelete
  2. saya nak berusaha lebih rajin ^_^

    ReplyDelete