11.3.12



Alhamdulillah pertemuan yang di aturNya kini bertambah bakal pewaris Rasulullah SAW dalam bisnes. 
Wahai pelajar Kursus Langsir alMujahid...kita beruntung dilahirkan dalam iman dan teramat bertuah kerana kita termasuk dalam doa Baginda SAW. Cuma kini tugas kita bersama menambah rezeqi dengan bersungguh dalam mengikuti satu lagi sunnah yakni infak sabilillah. Walau kita hanya srikandi langsir tapi kita bisa menempah nama d syurga dengan korban di jalanNya. 
Jangan kalian lupa dengan setiap pesanan saya. Saya teringin kalian juga berjaya menikmati dunia dan merindui syurga. Kalian x perlu menjadi luar biasa hebat kerana kalian tetap x hebat. Jangan sombong mengatakan kepada diri sendiri ' Aku hebat. Aku pakar. Aku bijak dll'. Simpanlah ayat tipu diri itu. Akui hakikat diri tiada yang hebat melainkan Allah...maka Dia yang layak meletakkan di kedudukan mana kalian di dunia @ d Syurga. Ayat2 motivasi b letakkan d luar minda tapi simpul mati ayat2 cinta Allah &; KekasihNya. 
Ini tulisan terakhir saya d blog ini..andai ada rezeqi untuk hidup & menyambung tugas Rasulullah SAW , saya akan kembali menulis. Rindu ini tiada ubatnya kecuali bertemu dan menyapa...moga Sabtu ini 17mac..Allah saksikan saya dan pelajar langsir almujahid bertemu dan menyapa Baginda SAW. Doa saya kalian juga berpeluang ..Amin Ya Robbul jalil

No comments:

Post a Comment