1.2.12

Siapakah calon terpilih...antara ribuan

اللهم صل على محمد اللهم صل عليه وسلم.رضينا بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا.اللهم صل صلاة كاملة, وسلم سلاما تاما, على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد, وتنفرج به الكرب, وتقضى به الحواءج, وتنال به الرغاءب, وحسن الخواتم, ويستسقى الغمام بوجهه الكريم, وعلى اله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك.

Alhamdulillah...hari ini masih menyintai Rasulullah SAW...masih merindui Baginda dan masih terasa nikmat iman. Ya Allah Engkau tingkatkan darjat Rasulullah SAW dan ahli keluarganya serta para pejuang agamaMu. 
Engkau terimalah juga kami sebagai pejuang agamaMu Ya Allah...kami juga ingin syahid jalanMu. pilihlah kami...Aminn

Alhamdulillah wahai para pelajar kelas langsir alMujahid. Dengan izinNya..saat ini bermula pemilihan calon terakhir untuk menunaikan umrah PERCUMA. Calonnya telah ada cuma pelajar2 kursus langsir almujahid...berdoalah agar kalian terpilih. Siapakah yang bakal terpilih..suspen gak..saya dah minta juri memilih & ketua juri akan mebuat keputusan. Jangan x tau...pemilihan ini telus...

Saya akan menghantar nama yang top 5 dan Yang Dihormati Ustaz Aminuddin Abd Rahim akan memilih berdasarkan istikharah. Semua pelajar tahu bagaimana sikap dan pendirian saya maka tentulah yang nak sertai serta mendapat jemputanNya yang sesuai dengan pendirian saya.

Maka nantikanlah panggilan hangat saya..ingat bukan panggilan hangit tau...Mungkin juga ada yang dapat umrah percuma dan ada yang saya kongsi separuh. Niat saya satu je..jika yang terpilih boleh membawa kebaikan untuk agama...maka beliaulah yang mendapat panggilan saya...nantikan ya...jemputan umrah almujahid travel.


Di kesempatan ini juga saya mengharapkan pelajar semua mencuri masa untuk menghadiri majlis di masjid2 untuk bersolawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Yakinlah bahawa  baginda pernah hidup..yakinlah bahawa Baginda pernah di baling batu di Thoif kerana Agama Islam..dan yakinlah Baginda SAW menyintai kita..umatnya....Wahai pelajar langsirku...jangan berhenti bersolawat dan salam kepada Baginda SAW...Semoga kita mati sebagai umat Muhammad SAW

2 comments:

  1. siapakah yang bertuah itu??? Intansuruhlah ha yansurukum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah...siapalah yg Allah jemput ke sana bersama-sama ustazah ye?

      Delete