20.2.12

Pertemuan yang ditentukan

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..
Semoga hari ini kita dapat menambah bekal..dapat menghalang azabnya sakratulmaut. Moga kita juga dapat menjadi umat Muhammad SAW yang bakal disyafaat.

Sabtu lalu di A Star dan Ahad di Kl kelas langsir almujahid di jalankan. Saat mendakap pelajar sebagai guru, jauh di sudut hati mendoakan agar mereka berjaya. Pelajar dari Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu begitu bersungguh. Seorang makcik berumur 68 tahun turut serta dan bersemangat...niatnya sama dengan saya yakni mencari rezeqi untuk agama. Ada pula yang menyusu bayi ..juga seperti saya. Semoga Allah menambah pahala untuk kalian.


InsyaAllah...kelas langsir almujahid akan diteruskan selagi terdaya. InsyaAllah juga pertengahan Mac hingga April berehat sebentar untuk mencari hakikat kehidupan..untuk melerai rindu yang terpendam..yakni rindu kepada Rasulullah SAW. Kali ini rindu bertambah untuk menziarahi sahabat2 yang syahid di Uhud...moga pelajar almujahid yang belum berpeluang turut berkesempatan..sama ada percuma bersama saya @ bersama saya sebagai jemaah umrah almujahid..Amiinn

No comments:

Post a Comment