11.1.12

Nikmat penuh rahmat

Firman Allah SWT:
" Sesungguhnya Allah & para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya."
(surah al ahzab 33:56)

Wahai pelajarku...
Alhamdulillah jari ini masih bisa menekan kekunci...masih lembut digerakkan ke kanan kiri. 
Alhamdulillah 
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Pelajar kelas langsir almujahid...
Alhamdulillah hasil yuran kalian telah diinfakkan ke jalan Allah. Alhamdulillah rezeqi itu dapat dimanfaatkan. Sewaktu sujud di Hijr Ismail Dis lalu, saya teringat seperkara saja..yakni kiriman doa para pelajar. Ada yang saya ingat wajah mereka dan ada yang pesanan saja terngiang. Moga Allah maqbulkan doa saya..semua yang ikhlas belajar kerana Allah akan segera sujud d Hijr Ismail.  MasyaAllah Tabarakallah...pulang ke Malaysia siap menunggu pelajar dan keluarganya. Mereka mengatakan " tiba2 je hati terlalu rindu Rasulullah SAW dan Baitullah. InsyaAllah Mac ini mereka berangkat menunaikan umrah bersama alMujahid travel & tours.
Inilah nikmat penuh rahmat bagi diri ini yang bergelar guru...


Sebelum berangkat umrah saya sempat menyiapkan tempahan langsir pemandu sambilan saya. Dulu mungkin kita x terfikir seorang 'driver' mampu hidup selesa tetapi keberkatan rezeqi mengubah persepsi kuno. Jangan pandang sebelah mata kepada kerjaya 'driver'. Asal tahu bersyukur atas nikmat maka rahmatNya melebihi segalanya.
Kos keseluruhan RM6000. Tempoh menjahit singkat saja bagi saya tetapi pelajar yang menjahit maka 2 minggu.
Yang mahu saya highlight adalah pelanggan langsir tidak lokek menempah jika kita ada ilmu. Selalu pelajar bertanya saya bagaimana cara menarik pelanggan dan menerima tempahan.Jawapan terbaik adalah mesti berilmu. Berilmu kena ikhlas kerana Allah. Sama ada guru @ pelajar masing2 kena ikhlas. Dalam konsep mencari dan memberi ilmu semuanya bergantung kepada niat. maka betulkan niat kerana Allah.
Kedua..bila sudah belajar praktikkan ilmu. masalahnya ramai suka memeram bertahun2. Ketiga...JANGAN MALU. Promosikan jer walau orang x tanya...(tapi kan saya pun malu nak promote diri). Laaa abih tu guano? Jawapan paling tepat adalah dalam apa saja kehidupan kita fikirkan nak bantu agama Allah.Bila kita korban untuk agama Allah segalanya mudah. Jangan berkira dengan Allah kerana semuanya Allah Punya.

Ini paten yang dijahit untuk pemandu saya. Lain kali anaknya nak ikuti kursus langsir almujahid sebab paten di bawah semua hanya 1 hari dan RM800...memang berbaloi jika mengambil tempahan...




s

1 comment:

  1. Assalamualaikum ustazah,
    Semalam hari pertama saya mendengar tentang kelas jahitan langsir almujahid melalui IKIM sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja. Butir2 daripada mulut ustazah benar-benar membuat saya sayu. Hari ini, setiba di pejabat saya terus menggoogle kelas jahitan almujahid dan terus dibawa ke blog ini. Air mata saya tidak berhenti menitis ketika membaca setiap coretan ustazah lebih-lebih lagi diringi nasyid Lau Kana Bainana. Betapa selama ini saya lalai dengan nikmat yang Allah beri. Saya rasa seperti telah banyak berbohong kepadaNya. Contohnya ustazah, saya bekerja di IPTA. Sebagai seorang ahli akademik, saya perlu melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi. Mendapat Phd ini memang syarat untuk mendapat jawatan tetap. Saya cuba niatkan dalam hati, Ya Allah, aku ingin menuntut ilmu ini keranaMu. Kerana ingin mendapat redhaMu. Kerana Engakau sangat mencintai orang yang sentiasa ingin mencari ilmu. Tetapi dalam masa yang sama saya tertanya2, ilmu ini ilmu keduniaan semata. Ikhlaskah saya lakukan kerana Allah? Nak tak nak, saya tak dapat lari daripada hakikat bahawa saya kena ambil Phd atas keperluan sebagai pekerja. Rezeki saya dalam bidang ini. Jika saya tak lakukan, saya boleh diberhentikan. Bagaimana nanti dengan keluarga saya anak2 dan suami yang banyak bergantung kepada saya? Saya amat berharap agar ustazah dapat berikan pandangan untuk meleraikan sedikit kekkusutan dalam diri. Terima Kasih.

    ReplyDelete