20.1.12

Apakah Bisnes Hebat Luar Biasa

لا اله الا انت سبحانك انى كنت من الظالمين

Alhamdulillah masih diberi nikmat terhebat yakni nikmat Iman...andai semalam dicabut nikmat Iman..Ya Robb tidak dapat dibayangkan betapa hancur luluh jiwa ini. Iman menyebabkan kita bisa sujud kepadaNYa..Malikinnass....Iman menyebabkan kita takut melakukan mungkar dan Iman menghalang kita dari kufur dan syirik.

Sabda Rasulullah SAW:" Sekiranya kamu mengetahui apa yang kamu ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menanggis". Para sahabat pun menutupi muka mereka lalu menanggis keharuan.
( Riwayat al-Bukhari no 4621 dan Muslim no 134)

Wahai pelaajar Kelas langsir alMujahid... sesaat ini fikirkan betapa banyak kita menanggis kerana Takut Azab Sakratul maut. tidak perlu berfikir tentang azab lain.fikirkan azab yang bakal tiba@ datang...entah selepas ini@ sebentar lagi...


kali ni saya ingin menyentuh tentang perkataan "kehebatan luar biasa"..ada yang bertanya "bagaimana ingin menjadikan perniagaan jahitan langsir yang luar biasa hebat"...mesti pelajar pernah dengar @ dah terlalu biasa dengan "luar biasa hebat". Saya tidak mahu menyebut @ menyentuh individu terbabit...dan jauh sekali untuk menyanjungi keluarbiasaannya. maaf.


Saya terlalu faham betapa kalian sama ada bekas @ bakal pelajar Kursus Langsir almujahid terlalu ingin berjaya. Paling tidak berjaya sikit daripada saya. Sinar mata kalian sewaktu dalam kelas telah membuktikan sangkaan itu. Cuma segelintir bekas peserta tarikh lahir pula ingin menjadi luar biasa hebat...itu juga dapat dilihat dari sinar mata dan kata-kata. Ingin menguasai bisnes dan luar biasa hebat.

Berbalik kepada topik hari ni..ingin saya menyentuh berdasarkan ilmu yang cetek. Saya bukan ilmuan @ pemikir maka jawapan saya juga jawapan yang kurang ilmu @ JAHIL. 
Sebagai hambaAllah yang dianugerahkan sesuatu ilmu...kita x boleh merasa hebat. Apakah kehebatan yang ingin dibanggakan? Sebagai hamba Allah yang telah mencemburi jahitan langsir selama berbelas tahun adakah saya telah merasai kehebatan itu? Ya saya telah menikmati kehebatan itu...adakah luar biasa hebat...Ya luar biasa hebat. Manakah buktinya? Jawapannya ada dalam diri saya dan keluarga...


Wahai pelajar..Apakah kalian fikir kekayaan itu lambang kehebatan  dan kejayaan itu lambang kehebatan luarbiasa? Maaf sehingga hari ini belum ada manusia yang memiliki kehebatan luar biasa kecuali Para Rasul , Nabi dan sahabat Rasulullah SAW serta mereka yang mengorbankan segalanya untuk ISLAM AGAMA YANG LUAR BIASA HEBAT.


Maaf..saya tidak pernah takjub kepada manusia yang di lahirkan dari setitis mani. Membesar dan dewasa kemudian menakluki dunia itu hebat. Tiada dalam kamus @ minda untuk mengenali @ menjadikan mereka idola dalam hidup. Apa hebatnya mereka jika bisnes yang gah itu diranapkan Allah SWT dalam masa sekelip mata? Apa hebatnya mereka jika dalam sesaat jatuh rebah dan terbaring lunyai hatta hendak tersenyum pun x boleh akibat kesakitan yang x terhingga. Tetapi para anbiya' dan sahabat dan pejuang agama Allah hingga syahid merekalah manusia hebat .


Bagaimana pula saya mengatakan bisnes langsir saya itu luar biasa hebat? Itu biarlah rahsia saya kerana cukuplah sahabat saya mengetahui dan tidak perlu dicanangkan kerana jika dicanangkan saya akan menjadi MUFLIS...di akhirat. Cukuplah Allah sebagai TuhanKU.. 


Wahai pelajar,
Singkirkan dalam pemikiran kalian ingin menjadi kaya dunia...singkirkan impian tentang rumah besar, kereta besar dan segala yang kalian rasakan hebat. Memang apabila menerima tender berpuluh ribu untuk tempahan langsir ..kita rasa happppppppppppyyy...tapi akan lebih bahagia andai setengahnya kita nafkah ke sabilillah.


Allah SWT berfirman: 

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah) dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya) serta dia membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga), maka sesungguhnya kami akan menyediakan baginya jalan yang mudah(syurga).

Surah alLail 92: 5-7


saya suka sangat dengan firman ini dan masih belum dapat target untuk seperti ayat ini...aim bertahun pun belum dapa ..yakni


Firman Allah SWT:


"Kamu tidak sekali-kali sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa pun yang kamu  infakkan, tentang hal itu, sungguh Allah MAha Mengetahui"


( surah alimran 3: 92)


Maka apabila kita balik kepada ayat-ayat Allah adakah kita tegar membiarkan begitu saja demi menampakkan kita luar biasa hebat? Ingat wahai pelajar segalanya milik DIA, kereta besar akan rosak..rumah akan runtuh..tiada yang kekal. Kita tahu dan sedar tapi masih cintakan dunia. 


Bagi yang bertanya soalan untuk menjadikan jahitan langsir luar biasa hebat...saya sukar menafsirkan soalan kerana kehebatan itu belum saya ketemu pada kekayaan dunia. Kehebatan itu saya nampak apabila sanggup menghambakan diri kepada Robb Tuhan Penguasa Alam..sanggup berjuang demiNya sanggup menyintai Rasulullah SAW melebihi diri sendiri. Jadikan sirah Sahabat dan Sohabiah sebagai aim untuk mendapat luar biasa hebat. Apa lah hebatnya jadi businessman jika akhirnya masuk NERAKA. 


Seperkara saya nak sentuh janganlah percaya kepada teknik tarikh lahir dan penomboran. Tidak perlulah mengikuti kursus saya kerana percaya boleh berjaya dengan jahitan dan x perlu SYIRIK dengan melihat tarikh yang sesuai untuk melakukan sesuatu tetapi hadirilah kursus @ kelas langsir almujahid dan membuka perniagaan setelah SOLAT ISTIKHARAH.


Sabda Rasulullah SAW:


Perbandingan antara dunia dan akhirat tidak lain hanyalah seperti seseorang daripada kamu yang mencelupkan jarinya ke dalam laut. Cubalah dia melihat seberapa banyak air yang masih ada di jarinya saat dia mengeluarkannya dari laut."


( Muslim no 2858)

No comments:

Post a Comment