5.12.11

apakah yang di cari

ALLHAMDULILLAH

Dengan rahmatNya misi mengajar telah terlaksana... Dengan kasih sayangNya..segalanya dimudahkan...Dengan arRohimNya...moga kalian pelajar2 ku..dirahmati. Moga kalian dapat apa yang dicari..moga kalian berjaya menjadi insan beriman. Aaminn ya Robb.

Sementara berehat sebentar 2 minggu ni moga Allah memberi kefahaman agama. Mengapa kefahaman agama? Apakah selama ini masih x cukup. Wahai sahabat dan pelajar kelas langsir almujahid..Apaklah yang kita cari. Dalam kelas langsir almujahid telah dimaklumkan pakah tujuan kita belajar..hanya saya sebagai guru mengharapkan kalian faham.
Kalian melihat sendiri dan sebahagiannya memasang angan2 ingin menjadi guru seperti saya..kononnya dengan cara itu kalian akan kaya...seperkara saya nak ingatkan ...sentiasa ingat akan firmanNya dalam surah arRahman.."maka nikmat apakah yang kalian dustakan"?

JANGAN JUGA KALIAN LUPA BAHAWA BAIK APA SAJA MILIK KALIAN AKAN DITINGGALKAN.  Maka janganlah sia2kan milik "masa" yang kalain ada. Peruntukkan hanya seminit sehari untuk membuka tafsir alQuran..hanya seminit. Agar dengan seminit sehari yakni sebaris ayat cuma..maka 6666 ayat akan tamat ditafsir, difahami dan diamalkan..dan moga dapat disampaikan..yakni menyambung tugas para Nabi...
Wahai pelajar kelas langsir almujahid,
jagalah amal kerana hanya amal dan taqwa membezakan kalian dengan pelajar kelas langsir yang lain. Ingatlah bahawa kasih sayang kita kerana Allah dan tembok pemisah antara kita juga kerana Allah..
Salam doa 10 Muharam...berpuasalah kerana Allah.

1 comment: