10.10.11

Usia bukan penghalang



Allahummoussolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aalihi wa sohbihi ajmainn...

Alhamdulillah...kelas langsir alMujahid @ kursus langsir Mam Smart Ent di A Star 8 Okt 11, berjaya dan dirahmatiNya. Walau bermula jam 9.30am namun jam 12.30 tengahari kesemua 12 pleated berjaya dipelajari.
Uniknya kelaskali ini beberapa warga emas menghadiri kelas.

Salah seorang peserta yang saya panggil Mak Tok..dah berusia 63 tahun. Datang belajar di kelas saya kerana "hatinya meronta2"...itu yang beliau beritahu pelajar semua.." kerana ilmu " antara ungkapannya. Alhamdulillah beliau dapat memahami dan x banyak soal. Mudah sungguh dan saya percaya dan yakin yang memudahkan kesemua 28 pelajar dapat memahami bukan kerana saya ni bijak tetapi keberkatan ilmu itu sendiri.

Bercakap tentang keberkatan ilmu, bagi yang x pernah yakin tentang keberkatan ilmu maka mereka x akan percaya tetapi bagi yang memahami nilai keberkatan mereka juga memahami. Alhamdulillah walau tanpa paksaan pelajar datang dengan rela hati. Bukan mereka x tahu yang yuran kelas langsir saya ini mahal tetapi mereka pula memberi komen " asalkan berbaloi..cikgu"..Alhamdulillah.

Moga ilmu yang saya turunkan para pelajar dapat praktikkan dan rajin menjaga amal. Dari dulu hingga kini saya yakin hanya mereka yang menjaga amal akan berjaya mendapat arRohim. Seperkara lagi, wahai para pelajar jangan sesekali kalian melampau batas apabila menerima tempahan. Sentiasa beringat..ada masa untuk diri sendiri agar kalian x menyesal andai tiba suatu saat nafas akan terhenti. Namun lebihkan masa untuk menambah amal kebajikan. Hasil pendapatan infakkan ke jalan Allah. Belajar2 lah menabung untuk akhirat. Bantulah yang memerlukan dan bagi para isteri jangan kedekut dengan suami. Bantulah suami sebab kalian tetap dapat pahala jihad fi sabilillah...dan berazamlah ada rezeqi ikut saya menunaikan umrah Mac ini bersama alMujahid Travel & Tours Sdn Bhd.

InsyaAllah salah seorang peserta akan terpilih menunaikan umrah percuma bersama alMujahid Travel..Siapakah beliau hanya Allah mengetahui...Jaga dan tingkatkan amal..agar kalian semua terpilih sama ada secara percuma @ sebagai tetamu Allah...Bukan senang nak jadi tetamu Allah walau ada duit tapi tiada jemputan maka tiada jemputan...

Barakllahulakum

1 comment:

  1. WAH...bestnya jika terpilih pi umrah..baru dgr suara promo ustazah di radio ikim tadi..terus teruja..

    ReplyDelete