13.9.11

Kaedah pengajaran

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Ramadhan telah berjaya dilalui dan inilah Ramadhan terhebat yang saya mampu jalani...Indahnya Ramadhan kali ini kerana berjaya menemui tanda2 Lailatul Qadr...Indahnya sukar dilafazkan..sukar diterjemahkan.

Dengan izinnya  Dan berkat doa para jemaah alMujahid Travel serta doa para pelajar Kelas Langsir alMujahid..saya dan keluarga meraikan kenikmatan Ramadhan di Makkatul Mukarramah. Sesungguhnya masih terngiang2..doa qunut Imam Makkah Sheikh Rahman @ Sudaiss. Hebatnya gema Amin bersulam tangisan hanya yang berada di sana merasa getarannya. Kuatnya tangisan sayu hanya yang menyesal merasa ketakutannya. Allahu Akbar...moga doa saya semua yang mengenali saya berkesempatan untuk merasai nikmatnya saat itu tahun depan. insyaAllah pengalaman di sana akan saya ceritakan di konvoi ke taman syurga almujahid travel.

Hari ini 14 Sept,insyaAllah jam 6.15pm, saya akan ke udara Ikimfm. Mungkin akan berkongsi rahsia, berkongsi rasa nikmat. Seperti biasa akan membicarakan tentang kursus jahitan seluruh negara. Alhamdulillah walau sudah lama mengajar masih lagi ramai yang menunggu untuk belajar. SEPERTI BIASA JUGA SAYA MASIH TERKENAL DENGAN KELAS LANGSIR TERMAHAL DI MALAYSIA. Moga award ini hak milik kekal. Bukan senang nak kekal award...
Alhamdulillah di sebalik mahalnya kelas langsir almujahid (mam Smart Ent)..rezeqi masih mencurah..dan moga begitu juga rezeqi para pelajar saya.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Puaan Aini di Tapah, Cik Ayu di Putrajaya, Puan Halaila di Kl, Puan Hendon dan ramai lagi yang telah berjaya dalam bidang jahitan Langsir. Balik je dari Makkah, sudaah ramai para pelajar yang ikuti kursus Goblet mahu menyambung kelas lanjutan. Antara kata2 mereka: " Saya nak berjaya macam cikgu...so kena tambah ilmu". " cikgu, orang kata saya jahit mahal..tapi orait juga ..banyak Rm saya dapat"


Alhamdulillah, walau ada antara pelajar pernah berguru dengan orang lain, tapi apabila dah ikuti kelas langsir almujahid dah tahu mana perlu di dahulukan dan mana perlu dikemudiankan. Ramai juga yang masih tertanya bagaimana kaedah saya mengajar. 
Kaedah pengajaran saya, yang pertama sentiasa membetulkan niat agar ilmu di beri memberi keberkatan. Kedua, formula kena tepat..jangan sesekali menipu. Ketiga , pelajar perlu ditunjukkkan teknik pemotongan yang tepat dan akhir sekali teknik menjahit yang cepat.


Tujuan belajar kena diperbetulkan...mencari ilmu kerana Allah dan mencari rezeqi untuk fi sabillillah....
InsyaAllah jumpa di corong Ikimfm 6.15 pm 14 sept.

No comments:

Post a Comment