18.8.11

Kursus Sebelum Raya dan menang Umrah

Alhamdulillah...Ramadhan masih sempat dinikmati, masih dapat dibelai masih dapat dihayati. 
ALHAMDULILLAH BULAN PENUH RAHMAT SEMPAT TERISI
Alhamdulillah dunia tidak dapat menipu...

Para pelajar yang dirahmati Allah,
Belajarlah mensyukuri nikmat Ramadhan.
Belajarlah memenuhi ruang yang kian sedikit.
Belajarlah menambah amalan yang terkurang...apatah lagi kita ni wanita...alangkah rugi andai amalan x terisi dan haid menghalang...maka tiada amalan yang Allah kira berterusan.

Saya faham dan amat arif betapa Ramadhan bulan paling sibuk..x percaya tunggu lepas berbuka...perut punyalah letih kerja keras..Hairan sungguh kenapalah kita ni macam kebulur bila nak berbuka? Nak itu ini, siap rancang nak juadah apa... Namun hasil selidik saya secara rawak..orang yang kurang beribadat memang otaknya fikir nak masak apa, nak makan apa dan bla..bla..Memanglah dapat pahala menjamu tetapi jika si jamu tu pun asyik fikir makan , banyak manalah sangat pahala yang kita kongsi...

InsyaAllah,

bagi memenuhi permintaan pelajar, pada 20 hb  Ogos saya ngajar di Ipoh dan 21 hb Ogos d Kuala Lumpur. Moga ilmu ini dpt membantu peserta kursus langsir saya menjana pendapatan selepas raya. Manalah tau, ada rezeqi boleh memenangi umrah percuma bersama alMujahid Travel.
Alhamdulillah, sebagai pengarah alMujahid Travel Sdn Bhd saya ingin membawa pelajar kelas langsir Mam Smart Ent untuk turut serta. Buat permulaan saya bagi peluang kepada peserta yang layak dulu. Kriteria kelayakan Umrah Percuma..biarlah menjadi rahsia. SO YANG MANA LAYAK BIAR SOLAT ISTIKHARAH SAYA MENENTUKAN.

InsyaAllah selepas kelas langsir d Kuala Lumpur 21Ogos, saya sekeluarga kan terbang ke Makkah untuk meraikan LailatulQadr...di kesempatan ini saya memohon segala kemaafan kepada semua yang terlibat @ x terlibat dengan saya. Moga Semua kita akan dapat seribu rahmat di LailatulQadr..Amiinn.

Pesanan terakhir...infaqkanlah rezeqi yang ada untuk insan lain. Biar akaun dunia susut tapi akaun Akhirat mengembang.. 

No comments:

Post a Comment