12.6.11

Permintaan Pelajar

Alhamdulillah selesai sudah ibadat Umrah Jun 11. Alhamdulillah saya berjaya menguruskan pelbagai kerenah jemaah alMujahid Travel & Tours. Berkat doa bersama jemaah umrah alMujahid segalanya lancar.

Saat bersendirian di Makkah, syukur yang teramat tiada dapat diceritakan. Mengenang betapa mudahnya Allah menyusun atur perjalanan hidup bagaikan x percaya. Sewaktu sekolah dulu x pernah terbayang saya boleh meneroka pelbagai bisnes dan dalam usia yang belum lanjut(perasan muda...sorry) saya mula ada jenama tersendiri...Belajar Langsir- sekali belajar terus pandai. Kini jenama -konvoi ke taman syurga bersama almujahid travel. Alhamdulillah...ooppps terlupa pula, dah 3 tahun jenama - pembantu rumah Islam diterokai.

Sewaktu hendak ke KLIA menunaikan umrah saya sempat berbicara di IKIMfm. Kemudian kelam kabut menaiki kereta untuk check in di sana,Mudahnya Allah aturkan perjalanan menuju ke Madinah tanpa sedikit pun kepayahan. Dalam penerbangan letih tangan menyalin no2 tel bakal peserta kursus langsir dan umrah. 

Di kesempatan ini juga saya merakamkan jutaan Terima Kasih atas doa para pendengar IKIMfm. Saya percaya doa kalianlah yang dimaqbulkanNya. Doa orang lain ke atas kita lebih cepat dimaqbulkan..maka selalulah minta para alim ulama mendoakan kita.

InsyaAllah 19Jun saya akan menganjurkan kursus@kelas langsir  di Intekma ConventionCentre Shah Alam. Sudah lama menangguhkan tetapi mengenangkan para pelajar perlu dididik dengan ilmu yang betul, maka saya akan cuba mengajar sedaya mampu.

Jadual asal saya nak mengajar langsir "love boat' tetapi ada yang memohon di ajar jenis2 Goblet, pinch pleated, singapore pleated . Maka insyaAllah saya akan mengajar 12jenis Pleated bermula 9-1pm.

Soalan cepumas kini di tanya semula, 'boleh dapatke ustazah?' 'singkatnya' dan lain2. Jawapan saya mudah, 11 tahun saya sudah mengajar teknik yang sama dan kini ditiru oleh beberapa bekas pelajar saya. Terbuktilah ilmu saya ni boleh dipraktikkan tetapi tidak boleh saya mengatakan ilmu saya ni pasti boleh kerana segala ilmu milikNya. Yang memahamkan juga adalah Dia.

Bagi bakal2 peserta langsir di seluruh M'sia, saya akan cuba mencuri sedikit ruang untuk ke tempat kalian. Moga pertemuan kita bukan sekadar pertemuan biasa tetapi lebih kepada mencari rahmatNya.

Berbicara tentang RahmatNya, beberapa permintaan pelajar@ pendengar IKIMfm agar saya berkongsi kenapa Saya Berjaya tetapi mereka tidak? Terkejut juga dengan persoalan sebegitu, seolah2 mereka tidak dirahmati. Wahai saudara seIslam ,memang saya berjaya sebagai usahawan namun pasti kalian juga berjaya walau mungkin tidak sebagai usahawan. MUNGKIN juga berkat amalan dan doa yang memBerjayakan saya. Ada yang bertanya, 'Bagaimana Ustazah boleh mendapat tempahan langsir beribu RM? Mmmmm jawapannya bukan susah nak cari wang cuma kena jaga amal hablumminnallah dan hablummminannass. Lain2 serahkan kepadaNya.


Apa pun kita hari ini belajarlah bersyukur. Bersyukur kerana diberi nikmat Iman. Nikmat terhebat yang menjanjikan syurga. Pernahkah kalian sujud syukur kerana hidup dalam Iman? Jika belum sujud syukurlah. Jangan bersyukur atas keduniaan semata2.


Akhir ayat, jika ingin menambah pendapatan ribuan RM@SR@Rupee, ikutilah kelas langsir MAM Smart Ent dan jika ada rezeqi dan masa, ikutlah group jemaah umrah alMujahid bersama konnvoi ke taman syurga Ramadhan ini.


Salam Ukhwah

No comments:

Post a Comment