25.6.11

perlukah di ajar semua?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ini kita diberi kesempatan untuk menghirup udara..suatu nikmat yang kita jarang menghargai. Sememangnya kita memang jarang menghargai dan hanya menghargai apabila ianya telah berlalu.

Menyentuh bab menghargai, sekeliling kita adalah manusia yang susah untuk menghargai.Hatta diri kita sendiri kadang2 tidak menghargai diri sendiri, suami, anak2, jiran dan semua yang mengenali. Sebagai guru pula, saya kadang2 terkesan dengan sikap pelajar. Dari ribuan pelajar kelas langsir yang saya ajar, adalah sekadar beberapa puluh yang menghargai ilmu yang di ajar di kelas langsir. Ianya akan jelas dan nyata bilamana musim perayaan, maka mereka akan mengirim salam terima kasih atas ilmu di kelas langsir yang saya uruskan.

Teringat juga betapa ada segelintir bekas pelajar kelas langsir saya yang begitu takut mengaku saya adalah guru langsir mereka. Kadang2 gelihati juga bilamana tidak mengaku saya guru langsir @ pernah mengenali saya tetapi teknik dan kaedah pengajaran sewaktu kelas langsir saya, mereka akan praktikkan. Alhamdulillah, penafian Naiz@ Azlina, Pn Omm, Pn Noraini, Cik Siti dan beberapa nama lagi, semakin membuktikan betapa gerunnya mereka dengan guru mereka. Terfikir juga betapa dangkalnya ilmu usahawan mereka ( saya sedar mereka membaca coretan ini) takut dengan bayang2 sendiri. 


Mengapa saya mengatakan begitu? Sebagai seorang pelajar, sewajarnya kita berterima kasih dengan ilmu yang diterima. Orang yang mendoakan gurunya akan dirahmatiNya. Saya sendiri secara peribadi amat menghargai dan selalu mendoakan guru tadika dan tok guru yang mengajar saya mengenal Al Quran. Walau sekarang ilmu saya dan tahap pencapaian saya lebih  sedikit daripada mereka, namun merekalah yang wajar menerima doa daripada saya. Moga doa buat mereka akan menambahkan lagi rahmatNya buat saya.


Di setiap kelas @ kursus langsir saya, mahu @ tidak, pelajar terpaksa mendengar omelan saya dan pastinya ianya bukan kerana wang. Saya hendak semua pelajar kelas langsir saya bukan menghadiri kursus langsir semata-mata kerana mahu kekayaan. 
Perbezaan yang jelas antara saya dan guru2 kelas langsir adalah, saya satu2nya guru yang pakar jahitan langsir tetapi tidak mengambil tempahan langsir. Kebiasaanya guru jahitan langsir pasti ada kedai langsir, menjual kain langsir dan lain2 tetapi Alhamdulillah saya tidak perlu berbuat demikian. Ianya kerana, dulu sewaktu sambil mengajar jahitan , dalam hati terpaksa berlawan antara nafsu. Nafsu memaksa jangan diturunkan semua ilmu di dada, akal menghalang dan hati mengingatkan tentang keberkatan. Saat berlawan sambil mengajar aadalah memeritkan. Mungkin bagi guru lain akan mengatakan , ada yang perlu disimpan kerana jika mengajar semua lingkuplah bisnes. Di sebaliknya, jika sebagai guru, kena mengajar semua agar pelajar berjaya. Apakah nilai yang paling bernilai bagi insan bergelar guru selain daripada kejayaan pelajar. 
Hari ini, saya mampu mengunjungi kedai2 langsir pelajar saya, kadang2 menjadi rakan sembang di blog mereka malah ada yang seakrab saudara...Alhamdulillah berdirinya saya sebagai guru jahitan langsir telah mampu mendidik ramai wanita menjadi usahawan walaupun mereka belum ada lagi yang dapat mengatasi saya namun pasti suatu hari mereka akan berjaya.

Apa pun semoga pelajar2 kelas jahitan langsir saya tidak memfokuskan wang adalah segalannya.Tidak dinafikan wang adalah segalanya namun ianya bagi mereka yang kurang beramal dengan alQuran dan sunnah. Bagi saya , wang hanya suatu dari keperluan namun tanpa wang tidak bermakna hidup musnah dan adanya tidak semestinya semua boleh dapat. Memang kita perlu mencari wang dan setiap hari berlingkar dengan wang, tetapi hakikat kehidupan tidak semestinya tanpa wang kita tidak bahagia.


Sesungguhnya nikmat Iman adalah nikmat terhebat, andainya kalian yang membaca ini dalah bekas @ bakal pelajar kelas jahitan langsir saya, ingatlah pesanan saya,  hargailah nikmat Iman. Berimanlah kepada Allah dengan sebenar2 Iman. Jangan sekadar menghafaz rukun Iman. Belajarlah menghargai nikmat Iman..


No comments:

Post a Comment