21.6.11

Harapan pelajar

Alhamdulillah tanggal 19 Jun lalu, di Intekma Resort & Convention Centre telah berlangsung Kelas Langsir dari jam 9-1pm dan 2-6pm. 


Sebenarnya jauh di sudut hati saya, sewaktu mendaftar pelajar terselit suatu rasa dan suatu harapan yakni agar pelajar saya lebih berjaya daripada saya. Melihat sinar mata pelajar tergambar suatu harapan, menggenggam jemari mereka saya dapat rasakan suatu harapan ingin kejayaan seperti saya.


InsyaAllah dalam setiap kelas langsir Mam Smart Ent menjadi kewajipan kepada saya untuk memberi sedikit tazkirah kerana hingga saat ini saya hanya percaya dan yakin dengana amalan saya.
Amalan harian kena istiqamah malah jika boleh ditambah lagi amalan sunat. 


Salah seorang peserta kelas langsir ini adalah seorang lelaki. Saya tabik kesungguhannya untuk mencuba walaupun hakikatnya beliau tiada mesin jahit dan TIDAK TAHU MENJAHIT. Namun kesungguhannya insyaAllah akan membuahkan hasil.
Ya Allah Ya Rohim..Engkau permudahkanlah rezeqi para pelajar kelas langsirku agar mereka beroleh keberkatan dan berkesempatan menunaikan umrah dan haji melalui rezeqi jahitan langsir yang ku ajarkan...Aamiiinnn





No comments:

Post a Comment