10.5.11

berjayakah kita?

بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمدلله kita masih ada kesempatan, kesempatan untuk muhasabah diri, kesempatan untuk mencari jika ada yang tertinggal dan kesempatan untuk menambah apa yang terkurang.

Saban hari saya di tanya, bila lagi nak adakan kursus langsir? Kadang2 di tanya pula bila nak adakan lagi bengkel muhasabah (motivasi)...Nak berjanji bukan mudah bilamana virus malas dah menyerang. Saya kebelakangan ini ( dah lebih 2 tahun) memang malas nak bergerak sana sini macam dulu tapi bergerak terus ke Makkah dan Madinah saya x malas. InsyaAllah 25 mei ni saya berangkat untuk umrah lagi.

Maka bilalah kursus langsir ni..Ustazah oooi" anak murid saya mengeluh...baru balik p lagi. Habis den nak buek camno..dah dijemput jadi tetamu Allah, den poei lah laei..

InsyaAllah akhir Jun saya mengamuk kembali. Jadi para peminat yang menunggu harap stand by. Moga berkat aura umrah kalian yang bakal belajar kena tempiasnya sekali.

Tanpa saya sedari, rupa2nya ramai juga yang nak berjaya macam saya. Nak hidup penuh keberkatan dan rahmatNya. Alhamdulillah. Baru2 ni saya menerima permintaan dari seorang ibu yang berkerjaya dan gaji puluhan ribu ringgit. Beliau ingin meletak jawatan, mengikuti kursus saya dan mengendalikan bisnes dalam rumah. Syabas! Saya memang suka wanita berkerjaya dalam rumah sahaja. Terlalu banyak faedahnya dan yang utama anak2 terpelihara dalam didikan ibu sendiri.

Malangnya sekarang ramai pula wanita yang berkerjaya @ kerja dalam rumah, mulai melupakan tanggung jawab sebagai ibu. Memang mereka terlalu sayangkan anak2 tapi kasih sayang mereka kosong. Kosong ilmu agama. Penuh ilmu duniawi depan TV @ laptop. Terlalu rugi jika kalian juga bersikap demikian.

Jika kita ingin berjaya sekalipun, x kiralah sebagai tukang jahit langsir, gantung langsir, hiasan dalaman dan sebagainya, jangan sekali2 mengabaikan ilmu akhirat untuk anak2. Percayalah jika kalian taksub dengan mencari wang semata2, kalian akan menyesal. Bilakah kerugian itu? Fikir sejenak saja, Jika esok kita nak dimandikan? Tahukah anak2 cara memandikan? Jika esok nak disembahyangkan , tahukah anak2 cara solat jenazah? Jawapannya ada pada diri kalian? Cuma fikir dan jawablah.

Tidak dinafikan jahitan langsir menambah pendapatan berlipat kali ganda dari makan gaji, namun jangan kerana wang itu kalian leka. Sekarang nak datang kembali Ramadhan, Bulan kemewahan penjahit langsir, baju, penjual biskut. Jika kalian bijak, Ramadhan ini bulan kejayaan menambah pahala.

Maaflah saya sudah melalut. Sekali lagi bagi peminat2 saya, nantikan kursus langsir saya Jun- Julai ni, bagi yang ingin menjimatkan wang dan testing ada bakat @ x jadi penjahit langsir, tel saya untuk booking kursus.

Cuma kalian kena ingat, kursus ini bukan sekadar kursus menjahit langsir, tapi kursus mencari diri agar kalian akan berjaya dunia akhirat. Lihat keliling kalian betapa ramai yang berjaya dunia tapi tidak bahagia. Tanda2 orang x bahagia walau kaya..ialah nak solat awal waktu pun kurang masa apatah lagi nak solat berjemaah di masjid. Namun adakah kalian pun nak macam tu? Janji ada duit? Jika Ya, jangan hadiri kursus langsir saya kerana kalian pasti akan menyampah dengan ceramah saya.

Nilai kejayaan bagi saya ialah hidup teratur dan bahagia. Saat bahagia bagi saya ialah saat bersujud padaNya. Jika kita sibuk sangat dengan pelbagai jadual kehidupan, nak sujud pun macam ayam patuk padi. Berazamlah kalian, menjadi seorang yang tawaduk padaNya. Tidak akan kalian rugi menjadi hambaNya yang bertaqwa. Dan kalian juga tidak akan miskin hanya kerana menjadi hamba yang bertaqwa.

Akhir kalam, moga kita semua akan hidup dan mati dalam Iman. Aminn

No comments:

Post a Comment