24.9.10

Salam Kembali

Allaummoussolli a'la Saiyidna Muhammad wa a'la aalihi wa sohbihi ajmain.

Salam Kembali setelah lama menyepi..
menyepi bukan kerana kosong tetapi kerana telah berisi..
Alhamdulillah saya telah tamat tempoh berpantang anak k5.

So, pelajar2 boleh on balik. Kesian korang sabar menunggu.
Apa pun Tahniah kepada pelajar2 yang memperolehi ribuan ringgit...bukan takat belas tapi puluhan ribu. Ada yang dapat rm20k sambil2 kerja lagi. Ada yang setakat nak tempah rm500 k bawah...x layan. Alhamdulillah berkat ilmu d ajar, x rugi kalian berguru...

Dalam apa jua kerjaya sentiasa betulkan niat. Keikhlasan memainkan peranan. ILMU MEMANG BERSEPAH tetapi ILMU YANG BARKAH sukar dimiliki. Guru dan pelajar wajib saling mengikhlaskan dan membetulkan niat. Kerja yang ikhlas memudahkan.

Contoh terbaik, jika niat kerana Allah, segalanya dimudahkan..kain dijahit kemas dan cepat, malah pelanggan berpuas hati. Muhasabah diri jika asyik jahit buka jahit buka..pas bagi kepada pelanggan...ada yang dikomen...

Kita hamba Allah so jangan jadi Hamba Kerja. Hidup ni mudah je. Ramai yang bertanya @ selalu berkata " alaa Ustazah bolehlaaa".. Apa bezanya saya? Sama macam kalian cuma mungkin cara kita handle hidup berbeza.

Sepanjang 20tahun menjahit, saya x pernah kelam kabut waktu Ramadhan. Malah jarang ambil tempahan tetapi Alhamdulillah, sekali tempahan melebihi keperluan. Kita jangan jadi hamba kerja..bersengkang mata, bersakit pinggang kemudian hasil diperolehi x membawa berkat...so biarlah menjadi hamba yang bertaqwa...dan sedarlah hakikat kehidupan.

Kepada pelajar yang sedang berketul duit, manfaatkan ke arah kebaikan. X teringin ke g umrah? moh join saya Dis ni...menikmati indahnya saat menatap Baitullah.

No comments:

Post a Comment