24.5.10

Tujuan kelas langsir

Salam para pelajar...

Tiap hari penat juga melayan panggilan telefon, kadang2 kasihan pula dengan pelajar yang tertunggu jadual saya di tempat kalian.
InsyaAllah kelas langsir sentiasa dan akan diteruskan walaupun saya agak selesa dengan bisnes lain. Ianya kerana saya masih ingat janji saya iaitu melahirkan ramai usahawan langsir bertaqwa.
Hanya bekas peserta kelas langsir saya faham apa maksud usahawan langsir bertaqwa. Alhamdulillah ramai bekas peserta kursus langsir saya berjaya dalam erti kata sebagai hamba Allah. Teringat saya pada Kak Rahah dari Kulai, Johor. Sewaktu ikuti kelas langsir saya di JB, beliau membisu seribu bahasa..sepatah di tanya sepatah di jawab..Suspen juga saya, adakah beliau x faham apa yang saya ajar.
3 hari setelah kelas langsir, beliau tel dan memang saya suspen, ialah dalam kelas seramai 40 orang tu, hanya beliau tel. Ingat lagi kata2nya"Cikgu, saya dah ikut apa yang cikgu suruh buat dengan Allah dan makhluk, Alhamdulillah saya dapat tempahan 1 sekolah." Masya Allah, pelajar pendiam saya dan umur dah hampir 60 tahun, setelah ikuti kelas langsir saya dapat tempahan 1 sekolah...mmm bayangkan pelaburan rm500 berbalao berkali ganda.
Jika ikut keselesaan sekarang, memang x perlu lagi saya turun menganjurkan kelas langsir tetapi bila melihat bekas2 pelajar yang mengajar lebih kepada nak cari duit semata, terpaksalah meneruskan lagi kelas langsir.
Memang saya x tau nak kata apa, bila ada yang ym tanya kenapa bekas pelajar blog kelas langsirnya sama seperti saya dan bila mereka tanya pelajar itu menafikan pula mengikut teknil saya.
Prinsip saya senang saja, buatlah apa pun selagi ianya bukan dusta...kejayaan akan bersama kita. Lucu juga ramai teruja nak senang macam saya..Ya memang saya dipinjamkan Allah kesenangan mencari rezeqi dan kemudahan kehidupan. Nak cerita panjang lebar, jika berkesempatan ikut kelas langsir saya, insyaAllah saya turunkan ilmu, amalan dan doa untuk menikmati hidup. x pun tunggu kelahiran buku saya yang memberikan pelbagai tips kejayaaan.

No comments:

Post a Comment