18.4.10

Nikmat keberkatan

Solawat dan salam buat Rasulullah SAW dan ahlul bait...
Salam dan moga dirahmati buat pembaca setia...

Lama saya menyepikan diri, melayani keindahan hidup bekeluarga dan menikmati nikmat sebagai hamba Allah yang diberi manisnya iman. Sesungguhnya saya amat mensyukuri di saat mencari nikmat iman, masih ramai pelajar yang datang belajar...mungkin berkah ilmu ditabur...tanpa promosi dan ligat seperti dulu...pelajar tetap mencari saya.

Ingin saya berkongsi sedikit ilmu dengan bakal dan bekas pelajar, mungkin kalian teruja ingin pakar dalam jahitan langsir, ingin meraih rezeqi dan membina kehidupan yang lebih baik. Saya meneliti kehidupan sekeliling...dan betapa hanya iman dan taqwa yang akan membezakan kita.

Kenapa saya berkata begitu???
sudah ramai yang tahu menjahit, mengajar menjahit malahan ada yang meniru habis-habisan tetapi kehidupan mereka tetap macam tu. Malahan lebih penat dari hasil. Ramai yang mengeluh dengan kehidupan yang x pernah cukup dan terlupa bahawa DIA telah mencukupkan...

Kenapa mesti begitu...sedangkan segalanya sebenarnya begitu mudah. sebenarnya kerana sewaktu mencari ilmu, mencari rezeqi dan lain2, niat tidak kerana mencari keredhaan.

Wahai pelajar semua, saya tahu kalian ingin berjaya seperti saya, maka betulkan niat kerana Allah. Banyakkan membaca alQuran dan bersedeqah. Dunia ini x ada apa kerana Akhirat yang abadi... belajarlah merindui Rasulullah SAW. Binalah keluarga berpaksikan sunnah dan alQuran.

Seseungguhnya nikmat berkah terlalu banyak, raihlah ia. Ruginya masa berlalu dengan menghabiskan masa mengadap kain, berjumpa pelanggan dan lain2, sedangkan anak2 terbiar tanpa iman. Ruginya hidup mengejar duit tapi duit x pernah cukup...Ruginya waktu muda disiakan dengan dunia sedangkan kubur sedang menanti...Fikir2kan lah.

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas muslimin & muslimat, manfaatkan ilmu sebaik2nya. Ilmu langsir yang saya ajarkan manfaat sebaiknya ke jalan di redhai.
saya berharap pelajar lebih berjaya daripada saya.

No comments:

Post a Comment