7.6.09


Info Langsir


Kesesuaian Langsir bergantung kepada beberapa faktor :

1. Pemilihan ruang.

2. Paten pilihan

3. Corak dan warna

Apabila ingin memilih langsir, pemilihan ruang harus di utamakan.

Ruang tamu sesuai digantung langsir jenis scallop, pelmet, pleated, eyelet.
Pemilihan corak berbunga atau 'plain' bergantung konsep ruang tamu, Inggeris, kontemporari dan sebagainya.
Warna sesuai yang tidak terlalu terang, supaya tetamu tidak hilang mood bila menjejaki rumah. Bak kata orang jangan tetamu rasa nak balik sebab pening dengan warna dan corak.


Ruang makan adalah tempat menikmati makanan. Maka pilihan langsir jenis scallop wajar di elakkan. Lainlah jika rumah ala2 istana. Tidak perangkap habuk. Tak pasal2 hilang selera bila tengok tahi cicak celah lipatan scallop. Hilang selera...
Pilihan jenis tab loop, blind, cafe, smocking/pensil pleated amat sesuai.
Warna perlu terang agar menaikkan mood tetamu yang ingin menikmati santapan walaupun hidangan kureng...( he he )

Ruang kamar tidur, pilihlah paten pleated, pelmet, blind dan yang simple agar tidur lena sebab bilik tidur tempat nak relaks so jangan serabutkan dengan paten yang terlalu glamour..kecuali bilik pengantin al maklum tidak ada rakyat jelata yang nak menyemak.

5.6.09


Ni kisah adik lelaki kawan saya, waktu menanti kerja yang lewat menjemputnya, so cuba ikut kelas langsir, menjahit langsir. Alhamdulillah, keras2 tangan "Jantan" terhasil langsir dia. Saya mengajar sama je, strict lagi ada...x cantik buka... tapi sabar juga dia...tersengguk2 buka jahitan. Hasilnya....Cantik gak kan...tapi saya bagi 50% je... ( Cam juri lak )

Nak tempah??? Ala jika nak jahit sendiri minta saya pos, Kelas Langsir Gaya Pos. Bila dah pandai jahit langsir, 3 scallop tu, siap dalam 1 jam.

4.6.09

sekadar merenung

Allah Azza wa Jalla berfirman :

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh yang menerbitkan 7 tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatkan gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

(al Baqarah ayat 261)

2.6.09

KELAS LANGSIR GAYA POS

"mmm nak g kelas langsir camne, rakyat jelata kat rumah x de nak jaga...waduh!."

Sayangkan, keinginan meluap, cita-cita menggunung, tengok pula orang lain ada masa, kita di rumah berasap nak fikir jalan keluar.

Atas permintaan pelajar, Alhamdulillah saya meneruskan lagi Kelas Langsir Gaya Pos. Insya Allah, pelajar akan dibimbing seperti dalam kelas, cuma saya tak wujud sekadar singgah di dalam fikiran.

Jika nak jahit paten, contoh scallop...hubungi saya, ada teknik gaya pos yang puan2 x sangka.
" eh eh, siap langsir teman". So mai join Curtain Class!

Sila tel 0124586938.

kenapa ciplak, memalukan

Kasihan dan memalukan. X tau nak komen tapi demi keadilan terpaksa komen. Paten scallop di atas adalah hasil kerja Puan Faridah Zainin, antara pelajar kesayangan saya ( kerana rajin dan berkualiti jahitan ). Waktu beliau emel gambar kepada saya, saya dan Ila terkejut, kenapa beliau nak tipu kami, bukankah paten tersebut diakui milik Naiz, bekas pelajar saya..... bila diselidik.. menyedihkan saya sebagai guru kerana NAIZ TELAH CIPLAK HASIL KERJA KERAS ORANG LAIN.

Sebagai bekas guru, walaupun NAIZ mengaku x kenal akak, suka akak menasihatkan di sini, ramai pelajar akak di luar sana, ramai yang berjaya kerana jujur, apabila niat kita kerana Allah, BARKAH.

DENGAN NAMA ALLAH, akak meminta secara baik, jujur & ikhlas. Naiz/ Norazlina, jika nak ajar orang, betulkan niat, akak berjaya mendidik Naiz, Ila dan lain2 kerana belum ada sekelumit dusta, moga Allah terus pelihara akak dari tipu daya Syaitan Laknatullah.

Seperkara lagi jangan takut mengaku akak ni cikgu u, termasuk juga Pn Om dan Noraini. Jangan takut hilang pelajar jika mereka tahu akak cikgu kalian. Nak mengajar kena ikhlas dan kena betulkan niat. Sayangkan terlupa mensyukuri nikmat berguru kerana guru x kira siapa pun tetap ada barkah.


Yuran Kursus Untuk Bulan Jun.

Terdapat pelbagai pakej kursus langsir. Harga sentiasa berubah-ubah mengikut teknik pemasaran kedai kami. Oleh itu untuk yang berminat ....perlulah sentiasa watch out blog ini.

Untuk kursus kali ni fees adalah :-
  • RM 480 untuk sessi pagi = 9 paten.

  • RM 400 untuk sessi petang = 5 paten lagi.

Jika berminat boleh bank in wang pendahuluan sebanyak RM 100. Sila sms setelah pendaftaran dibuat. Harap dapat memaklumkan pada saya untuk tindakan - 0124586938 atau pembantu saya, Ila 012-3982250.

Berikut antara paten sessi petang, tiada yang mustahil jika nak pandai macam student saya.



Sekadar Merenung

Wahai pelajar,
andai ada sesaat untuk Malaikat Izrail, pasti masih sempat kita beristiqfar.
andai ada sedetik untuk bertaubat, mengapa menangguhkan,
andai ada secubit keikhlasan, kenapa dibiarkan.....

bangunlah wahai jiwa yang tenang...
renunglah tentang sesaat yang telah berlalu tanpa istiqfar...
kejarlah detik yang akan datang dengan taubat....
hiasilah senafas penuh keikhlasan

LILLAHI ROBBIL A`LAMIN.
SESUNGGUHNYA HIDUP KU DAN MATI KU KERANA MU YA ALLAH

1.6.09

Kisah & Hasil Kerja Bekas Pelajar Saya....

Ini adalah hasil kerja tangan tiga orang pelajar saya;Ilarazali di Kota Damansara ,Zaiti di Johor dan Faridah Zainin di Jelapang, Perak,( paten di atas ) yang dahulunya dikatakan "tangan keras" tetapi kini antara mereka yang mahir menjahit langsir. Mereka bertiga hadir ke kelas saya tanpa apa-apa basic. Mungkin niat ikhlas mereka itu membuatkan ilmu yang diperolehi itu lebih berkat hinggakan tempahan langsir mereka tidak putus-putus. Alhamdulillah!! Tahniah saya ucapkan buat mereka berdua. Semoga projek bekerja dari rumah kalian membuahkan hasil yang lumayan. Amin!!!

Bijak....bijak...cun kan.. tengokle siapa gurunya.. he he. Hasil kerja Faridah Zainin....

Hasil jahitan pertama Zaiti di Pulai Indah, Johor. Jika ingin menempah boleh hubungi beliau.

Ini hasil kerja Ilarazali....Kini beliau aktif mengambil tempahan sekitar Petaling Jaya.
jika nak tempah langsir, jangan segan tel saya tapi saya x jahit, student2 yang terbaik akan menjahit.


Kenangan Kursus Tahun-Tahun Yang Lepas.....

Para peserta sedang khusyuk mendengar taklimat cikgu....

Acara penyerahan sijil kepada para peserta.
Acara bergambar beramai-ramai adalah rutin setiap kali sesi kursus.
Para peserta kursus tidak terhad kepada kaum wanita sahaja...Bahkan lelaki pun ada jugak.
Ahli keluarga saya pun turut ambil kesempatan bergambar. hehehehe....

Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Kelas Langsir Cikgu Saya?


Salam sahabat sekalian!! Kursus jahitan langsir kini di buka. Kursus bergerak ini akan bermula hujung bulan ini. Bermula dari Johor ke utara. Peluang keemasan!! Lebih banyak paten dioffer pada harga yang lebih murah dari bengkel yg ada.

Tidak dinafikan memang banyak bengkel langsir yang ada sekarang ini. Tetapi bezanya, kursus yang dianjurkan oleh MAM's SMART ENTERPRISE ini insyaAllah lebih memenuhi kehendak anda sesuai dengan nilai wang yang dibayar. Ciri-ciri kursus :-

1) Diajar oleh guru langsir yang lebih 15 tahun pengalaman. Memang suara dia selalu keluar dicorong-corong radio. Esp kl fm..perakfm dan siaran senegara. Korang dtg aje...tak perlu sibuk2 nak beli kain bermeter2...amat menyusahkan!!:a01. Kalau nak bwk pun bwk laa alatan jahit sket2.

2) Lebih banyak teknik jahitan langsir (tepat dan cepat) akan diberi. Yang ni laa penting. Mmg ramai org tahu nk jahit tu.. tapi kalau teknik tak betul mula laa asyik2 jahit dan bukak balik. Pastu tak sempat nk kejar dateline langsir. hehehehe... tu laa penting teknik cepat, ringkas dan padat!!!:a01

3) Tidak perlu spend begitu lama untuk belajar. Manusia mudah hilang tumpuan jika lama2. Bila lama2... mula laa teringt kat baby laa.. anak2 laa...Last2 tak dapat trus apa yg diajar. Kan ke rugi tu!!

4) Bagi mereka yang tidak ada basic menjahit langsung...masih boleh belajar. Terbukti benar. Saya sendiri tidak tahu menjahit (pegang mesin pun out trus). Tapi alhadulillah hari ini saya boleh amik tempahan. Alhamdulillah ramai plak yg puji.

5) Cikgunya boleh dihubungi walaupun kelas langsir telah berlalu. Masih boleh tanya apa yang tak ingat atau was2.

6) Apabila kita belajar direct dengan guru... ilmu yg kita dapat tu lebih jelas dan faham. Jadi lebih mudah laa kita nk jahit.

7) Memang jimat bila sudah pandai menjahit lagsir. Esok2 bila nak dok umah baru, tak payah pening2 nak pi tempah lgsir. Jimat beribu2 beb!!

8) Motif utama kursus bukanlah untuk keuntungan semata2. Lebih kepada keberkatan pencarian ilmu sesama insan.
Jadi apa tunggu lagi .... sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan nama anda sekarang....Hubungi Puan Sahida sendiri atau agen tunggalnya Puan Ila 0123982250. Thank You !!!

Pertanyaan

Sila isi borang dibawah jika mahu kemukakan sebarang pertanyaan




*

*

*

*
*
contact form faq verification image
Email form generated by 123ContactForm

Hubungi Kami

Isi Borang dibawah ini utk menghubungi kami melalui emel. Untuk berurusan secara terus sila hubungi kami di talian 0194301212 @ 0124586938





*

*

*

*
*
contact form faq verification image
Email form generated by 123ContactForm

Sekapur Sirih Dari Lidah Pengarang .....


ASSALAMUALAIKUM .....

Salam dan salawat ke atas Baginda tercinta,dan ahli keluarganya. Moga saat ini terpancar cahaya iman di wajah mu, wahai sahabat......

Alhamdulillah ditakdirkan kita hidup dalam iman dan berdoalah agar mati kita dalam Iman. Amin Ya rabbal 'alamin....

Sahabat, menjadi insan terbaik impian semua. menjadi wanita terbaik idaman kita. Menjadi penjahit terbaik cita-cita kita juga. Jika tiada cita dan impian tentu tidak singgah di sini.

Sahabat, saya bermula dari tiada apa kemahiran, dungu tentang benang dan mesin, khilaf tentang langsir, namun saya menyusuri perjalanan dan mengikuti jejak langkah penjahit ternama...dulu nak tahu nama paten jauh sekali.........Taqdir Allah Hebat, dipinjamkannya kemahiran menjahit langsir dan tidak terjangkau fikiran saya telah melahirkan ribuan penjahit langsir yang pendapatan bulanan melebihi gaji doktor @ jurutera..... Alhamdulillah.

Sahabat, andai saat ini tercari2 kemahiran hidup, ternanti-nanti keajaiban Ilahi, termimpi2 kejayaan masa depan, apalah salahnya mencuba luangkan sedikit masa sementara kesempatan masih ada, dengan Nama Allah, Insya Allah ilmu diperolehi dari kelas saya bakal menjadi sumber inspirasi masa depan.

Moga kita dirahmati......