30.11.09

Kebanggaan Guru

Labbaikallahummalabbaikk
Indahnya saat mengingati saat menyahut seruan Nabi Ibrahim as. Moga para pelajar dapat ke sana segera.

Alhamdulillah hari ini saya berbangga dengan kejayaan beberapa pelajar saya..antaranya PN KT di Ipoh. X sia2 saya mengajar dan mendidik beliau. Pembaca boleh view di shout mix Dania Decor. View blog saya dari shout mix saya...lihat kejayaan pelajar saya.
Pn KT berjaya kerana kegigihan dia walaupun hampir nak putus urat pinggang dok menjahit..hehe
Beliau x sombong dengan saya kerana mengaku malah sanggup link blog saya ke blog dia. Beliau mengaku saya gurunya mungkin sebab itu berkat ilmunya. Sebenarnya saya tau ramai pelajar saya di luar sana yang ingin berjaya tapi kesilapan besar mereka adalah menipu pelanggan. Menipu dari segi kiraan kain, kos dan lain2. Yang paling best menipu bila mengajar pelajar. Jika mereka yakin rezeqi dari Nya x perlu takut @ menipu...
Lihat contoh Pn KT, tetap berjaya walaupun x menipu.
Kebanggaan saya juga insyaAllah akan bersama pelajar langsir menunaikan umrah Akhir Dis. Harapan saya pelajar2 yang lain ikut saya di lain waktu.
InsyaAllah semua akan berjaya, ikut aja ilmu yang dah saya turunkan di kelas.
Bagi yang ternanti2 kelas di tempat kalian, tel saya untuk jadual terkini.

No comments:

Post a Comment