24.9.09

sekadar merenung

Taqabballahu minni wa minkum, minal aidil wal faizin.

Alhamdulillah ibadat telah dijalani. Tempahan telah diterima dan hasil telah pun terbayar.
Saya amat memahami kepuasan berhari raya dengan hasil keringat sendiri. Rasa terbayar upah sakit pinggang, terlerai kepenatan bersengkang mata, terukir kepuasan berbelanja sakan.
Teringat 10 tahun lalu, saya akan selesai menjahit tempahan seminggu sebelum raya, dan 2 hari nak raya saya akan lepak di Jusco, konon borong sakan. Dari jam 11 am hingga petang saya di Jusco, menolak troli hingga penuh...memang best...
kemudian waktu nak bayar yang di bawa balik 1/2 troli. Konon menggunakan ide bijaksana dunia, 'key to release tension....Shopping'
Alhamdulillah saya disokong teman2 berilmu dan beriman , maka banyak perkara bodoh dapat dielakkan. Hasilnya, kini saya menikmati hidup..
Nikmat hidup pada saya, bukan pada kemewahan dunia, bukan pada kecantikan diri tetapi saya menikmati hidup kerana hidup tanpa hutang. Amatlah malang menjadi hamba hutang. Sakit pinggang menjahit, bersengkang mata hingga bantal x bertilam, semata2 kerana nak bayar hutang sofa, kabinet, dan ada yang kronik hutang kain baju dan kuih raya.
Ruginya kalian wahai pelajar jika Ramadahan berlalu tanpa khatam alQuran dan Tahajud. Terawih jangan cakap kerana 8 rakaat pun siksa nak habis. Sekarang cuba hitung, berbaloikah bersengkang mata kerana nak nampak bergaya di Aidilfitri.
Hidup perlu dinikmati bukan dengan menyakiti roh sendiri. Kesempatan yang ada sekarang andai terasa kerugian ialah bersedeqah dengan pendapatan yang diperolehi. Zakat perlu dilunaskan agar bertambah rezrqi. Bersedeqah bukan bermakna dengan konsep duit raya semata tetapi sedeqah pada yang layak....Apapun Ramadhan yang berlalu tetap pergi...pergi yang x pasti kembali @ tidak...

No comments:

Post a Comment