31.8.09

sekadar merenung

Solawat dan salam buat Rasulullah SAW dan ahli keluarganya.
Salam sayang buat para pelajar,
Ramadhan dah hampir pertengahan, tentu kalian teramat kelam kabut. Bila jenguk ke bilik tidur, kadang2 tilam pun jarang jumpa cik puannya. Singgah kaat sinki...mmmmm boleh tahan pinggan x berbasuh. Jenguk bilik anak, alahai kain bertimbun x berlipat....Adussss tensionnya..tapi demi duit raya, biarkan je.
Saya teringat seorang pelajar, apabila Ramadhan, segala urusan melibatkan rumahtangga termasuk suami dan anak2 dibekukan. Sayangnya apabila anugerah Allah nikmat menambah pahala dilepaskan.
Ramai pelajar saya ingin menjadi seperti saya, mereka selalu berkata, cikgu kerja x banyak tapi income ok. Cikgu boleh ada itu ini...bla..bla. Ada yang dah ngajar kelas langsir, buka kedai dan lain2, pokoknya mereka mahu dapat pendapatan seperti saya.. Sebagai guru saya berbangga jika pelajar berjaya dan sebagai hamba Allah saya bersimpati kerana pelajar silap tafsir.
Jika luaran yang diikut, susah mereka nak berjaya tapi jika usaha dalaman juga diikuti, InsyaAllah mereka boleh berjaya lebih daripada saya. Bukankah rezeqi kita di bawah kekuasaanNYA. Kenapa apabila saya menurunkan petua kejayaan saya, beberapa kerat je yang ikut.
Percayalah dan yakinlah hanya dengan mengikuti dan mengamalkan sunnah dan alQuran, dunia ini mengikut kita. Ruginya menjadi manusia yang mengikut dunia. Apalah ada pada kehebatan kita andai dalam kubur dok sorang2. Saat dunia ditinggalkan, penyesalan x berguna lagi. Saat alQuran menjadi teman di kubur, kita ketakutan dan kesakitan tanpa teman..
Ramadhan pesta pahala, kenapa membodohkan diri dengan Syawal yang pahala x berganda. Sementara kesempatan masih ada, cepatlah membaca alQuran, berdoa minta Syurga dan istiqfar..sementara masih ada...ya sementara masih ada.....

No comments:

Post a Comment