22.8.09

Jadual Kursus Langsir


Salam dan solawat kepada Junjungan tercinta SAW dan ahli keluarganya,

Pertama, maaf kepada para pelajar seluruh Malaysia yang ternanti saya ke tempat kalian,
bukan sombong @ malas tetapi Ramadhan terlalu indah nak dibiarkan.


Bagi pelajar yang pernah mengikuti kelas saya, amat berbesar hati saya menjemput turun ke Ipoh. Jika masa mengekang, ikuti je kelas langsir gaya pos.Bagi bakal pelajar, jika x mahu terlepas peluang menerima tempahan di Ramadhan ini, sila tel saya untuk mengikuti kursus terdekat.
Kebiasaannya Ramadhan saya jarang bergerak walaupun masih ada satu dua tempat saya pergi.
Di kesempatan ini saya memohon para pelajar yang dirahmati, Jangan Membiarkan Ramadhan berlalu tanpa pengisian.
Kesibukan dunia x akan berhenti sehingga kita merasakan perlu berhenti, seolah berada d lebuhraya, kita akan berhenti untuk berehat sebentar...Alangkah ruginya kita sebagai khalifah di bumi apabila tertipu dengan helah dunia..Apalah ada pada dunia jika kita yakin Akhirat yang abadi..
Ingat pesanan para ulama'...RAmadhan bukan sekadar puasa tetapi bulan diturunkan mukjizat alQuran..maka banyakkanlah membacanya dan yakinlah ianya tidak sia-sia. Jangan dikejar jahitan yang x siap, atau ke mana dan di mana nak tambah wang...sesekali cuba nikmati RAMADHAN AL MUBARAK..

SALAM RAMADHAN

No comments:

Post a Comment