10.7.09

Nilai kejayaan

jika saat ini sedang bekerja,
atau tika ini leka bersantai...
fikirkan sebentar, mungkin sesaat cuma...apakah nilai kejayaan?

Kejayaan pelbagai tafsiran..
kejayaankah jika pernah bergelar graduan terbaik,
kejayaankah jika pernah dijulang nama..
kejayaankah jika berkereta besar? berumah besar? bergaji besar?

Fikirkan dan fikirkan cuma sesaat...

Ya sesaat cuma sebentar ibarat bumi dan akhirat,
kala ditanya nanti, berapa lamakah kamu singgah di bumi di bandingkan dengan akhirat....jawablah....adakah sesaat atau sejam atau ....

Berjayakah makhluk bergelar manusia hebat jika singgah cuma sesaat?

Sesungguhnya yang kekal tetap akhirat, pulanglah ke titik permulaan andai masih ada sesaat..
Pulanglah ke jalan yang lurus...
Jalan yang telah di lalui Junjungan Tercinta SAW
Pulanglah menyusuri sirah para sahabiah ranha...
Pulanglah sementara ada sesaat....

Allahu Robbuna, Muhammad nabiyuna

No comments:

Post a Comment