2.6.09

kenapa ciplak, memalukan

Kasihan dan memalukan. X tau nak komen tapi demi keadilan terpaksa komen. Paten scallop di atas adalah hasil kerja Puan Faridah Zainin, antara pelajar kesayangan saya ( kerana rajin dan berkualiti jahitan ). Waktu beliau emel gambar kepada saya, saya dan Ila terkejut, kenapa beliau nak tipu kami, bukankah paten tersebut diakui milik Naiz, bekas pelajar saya..... bila diselidik.. menyedihkan saya sebagai guru kerana NAIZ TELAH CIPLAK HASIL KERJA KERAS ORANG LAIN.

Sebagai bekas guru, walaupun NAIZ mengaku x kenal akak, suka akak menasihatkan di sini, ramai pelajar akak di luar sana, ramai yang berjaya kerana jujur, apabila niat kita kerana Allah, BARKAH.

DENGAN NAMA ALLAH, akak meminta secara baik, jujur & ikhlas. Naiz/ Norazlina, jika nak ajar orang, betulkan niat, akak berjaya mendidik Naiz, Ila dan lain2 kerana belum ada sekelumit dusta, moga Allah terus pelihara akak dari tipu daya Syaitan Laknatullah.

Seperkara lagi jangan takut mengaku akak ni cikgu u, termasuk juga Pn Om dan Noraini. Jangan takut hilang pelajar jika mereka tahu akak cikgu kalian. Nak mengajar kena ikhlas dan kena betulkan niat. Sayangkan terlupa mensyukuri nikmat berguru kerana guru x kira siapa pun tetap ada barkah.


3 comments:

  1. Assalamualaikum Puan, sayang sekali seorg yg brnama Ustazah memalukan seorg Insan lain di laman blog! Saya tramat2 sedih dgn sikap Puan yg brgelar Ustazah mempergunakan Islam sebagai topeng utk MENIPU manusia2 lain. Saya tlh melihat hasil tipu daya Puan melalui adik ipar saya yg baru2 nie mengambil kursus Puan. Sungguh2 memalukan. Dengan harga $800, tanpa menggunakan mesin jahit, menggunakan kain murah & teknik yg trAMAT2lah simple. Amat2lh berbalaoi hanya menggunakan air liur & memutar belitkan ayat2 Al Quran utk kepentingan peribadi !!! Saya yakin Allah akan membalas balik segala tipu daya Puan selama ini suatu hari nanti !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wrb.
      Alhamdulillah adik ipar saudara GAGAL mendapat ilmu saya. Alhamdulillah dengan penipuan itu saya berjaya. Alhamdulillah atas komen2 saudara.
      Cukuplah Allah menjadi saksi dan membalas segalanya. Cuma saudara terlepas tulis ayat *teknik yang teramat simple*..Alhamdulillah saudara sendiri membuktikannya!
      Saya x padam komen ini kerana ianya perlu semua bakal dan bekas pelajar mbaca..inilah akibat orang yang tidak merujuk kepada Allah SWT sebelum membuat keputusan menghadiri kelas langsir saya. Bukankah jika solat istikhorah spt saya sarankan akan menyelamatkan RM800 itu.
      Dan sampaikan pesanan kepada adik ipar, keberkatan ilmu bergantung kepada guru. Mnta dia baca alquran dalam kitab pendinding diri agar doanya dimaqbulkan.
      Saudara juga wajib membaca alquran agar tahu membeza antara nasihat dan muslihat.

      Delete
    2. Alhamdulillah atas doa dan moga doa pn didengarNya. Bacalah alquran agar cpt dimaqbulkan.
      Cukuplah Allah mjadi saksi.
      Saya tidak terkesan walau sebesar zarah sebab Allah Maha Mengetahui. Allah menjadi saksi dan mendengar, melihat dsbnya.
      Rezeqi yang halal pasti barkah. Rm800 jika barkah ianya menjadi tp jika syubhah sptmana pn rasakan sekarang.
      Alhamdulillah x semua gagal dan x semua berjaya.

      Delete