1.6.09

Kisah & Hasil Kerja Bekas Pelajar Saya....

Ini adalah hasil kerja tangan tiga orang pelajar saya;Ilarazali di Kota Damansara ,Zaiti di Johor dan Faridah Zainin di Jelapang, Perak,( paten di atas ) yang dahulunya dikatakan "tangan keras" tetapi kini antara mereka yang mahir menjahit langsir. Mereka bertiga hadir ke kelas saya tanpa apa-apa basic. Mungkin niat ikhlas mereka itu membuatkan ilmu yang diperolehi itu lebih berkat hinggakan tempahan langsir mereka tidak putus-putus. Alhamdulillah!! Tahniah saya ucapkan buat mereka berdua. Semoga projek bekerja dari rumah kalian membuahkan hasil yang lumayan. Amin!!!
Bijak....bijak...cun kan.. tengokle siapa gurunya.. he he. Hasil kerja Faridah Zainin....
Hasil jahitan pertama Zaiti di Pulai Indah, Johor. Jika ingin menempah boleh hubungi beliau.
Ini hasil kerja Ilarazali....Kini beliau aktif mengambil tempahan sekitar Petaling Jaya.
jika nak tempah langsir, jangan segan tel saya tapi saya x jahit, student2 yang terbaik akan menjahit.


No comments:

Post a Comment