7.6.09

Info Langsir


Kesesuaian Langsir bergantung kepada beberapa faktor :

1. Pemilihan ruang.

2. Paten pilihan

3. Corak dan warna

Apabila ingin memilih langsir, pemilihan ruang harus di utamakan.

Ruang tamu sesuai digantung langsir jenis scallop, pelmet, pleated, eyelet.
Pemilihan corak berbunga atau 'plain' bergantung konsep ruang tamu, Inggeris, kontemporari dan sebagainya.
Warna sesuai yang tidak terlalu terang, supaya tetamu tidak hilang mood bila menjejaki rumah. Bak kata orang jangan tetamu rasa nak balik sebab pening dengan warna dan corak.


Ruang makan adalah tempat menikmati makanan. Maka pilihan langsir jenis scallop wajar di elakkan. Lainlah jika rumah ala2 istana. Tidak perangkap habuk. Tak pasal2 hilang selera bila tengok tahi cicak celah lipatan scallop. Hilang selera...
Pilihan jenis tab loop, blind, cafe, smocking/pensil pleated amat sesuai.
Warna perlu terang agar menaikkan mood tetamu yang ingin menikmati santapan walaupun hidangan kureng...( he he )

Ruang kamar tidur, pilihlah paten pleated, pelmet, blind dan yang simple agar tidur lena sebab bilik tidur tempat nak relaks so jangan serabutkan dengan paten yang terlalu glamour..kecuali bilik pengantin al maklum tidak ada rakyat jelata yang nak menyemak.

1 comment:

  1. Salam akak .....

    ni ilarazali singgah ni. tq coz kongsi info menarik...leh laa dibuat panduan before msuk umh baru nnti ek.

    ReplyDelete